Quantcast
Channel: MySelera.com
Viewing all 251 articles
Browse latest View live

Nasi Lemak Mak Wanjor, Kampung Baru

$
0
0

Nasi Lemak Mak Wanjor atau lebih dikenali sebagai Nasi Lemak Wanjor Kg Baru boleh dikatakan salah satu gerai nasi lemak sedap di Kuala Lumpur selain dari Nasi Lemak Antarabangsa.

Itu yang saya dapat lihat melalui undian dari peminat nasi lemak di Foursquare dan nasi lemak Wanjor juga tersenarai dalam 5 Kedai Nasi Lemak Popular di Kuala Lumpur & Selangor.

Nasi lemak Mak Wanjor terkenal dengan hidangan nasi lemak kukus pada awal permulaan perniagaan 42 tahun dahulu. Dan kini ia terus menjadi trademark Mak Wanjor.

Nasi Lemak Mak Wanjor, Kampung Baru

Tak susah nak cari Gerai Nasi Lemak Mak Wanjor, Kampung Baru

Ada yang menyatakan Nasi Lemak Mak Wanjor enak dan sedap kerana sambalnya yang ‘hot’ sekaligus menjadi ia sebaris dengan nasi lemak antarabangsa.

Persoalannya benarkah Nasi Lemak Mak Wanjor lebih sedap dari Nasi Lemak Antarabangsa seperti yang diperkatakan?

Setanding Nasi Lemak Antarabangsa

Gerai Nasi lemak Mak Wanjor sebenarnya terletak hanya selang 3 kedai dari Nasi Lemak Antarabangsa di Kampung Baru. Memandangkan saya sampai lebih kurang pukul 11.45 pagi, kelihatan pekerja sudahpun mengemas meja dan kawasan jualan.

Lauk yang tinggal juga sudah tidak banyak dan saya memilih nasi lemak sambal kerang bersama dengan telur goreng, memandangkan telur rebus pun dah habis.

Konsep makan disini, bayar dahulu sebelum makan, sama seperti gerai Nasi Lemak Antarabangsa.

Satu pinggan Nasi Lemak Mak Wanjor, Kampung Baru hanya RM5.00

Satu pinggan Nasi Lemak Mak Wanjor, Kampung Baru hanya RM5.00

Kalau lihat pada harga, boleh dikatakan Nasi Lemak Mak Wanjor lebih murah dari Nasi Lemak Antarabangsa. Nasi bersama sebiji telur berharga RM3.00. Jadi memang boleh bersaing dengan Nasi lemak antarabangsa.

Harga Nasi Lemak Mak Wanjor, Kampung Baru

Senarai Harga Nasi Lemak Wanjor, Kampung Baru. Memang lebih murah dari Nasi Lemak Antarabangsa

Nasi Lemak Mak Wanjor Sedap?

Benarkah sedap? Apa yang saya boleh kata, memang tidak dinafikan nasi lemak Mak Wanjor sedap. Dengan sambal yang pedas dan manis serta set hidangan lengkap bersama timun, kacang dan ikan bilis, memang secukup rasa.

Cuma, mungkin masa saya pegi kombinasi lauk tidak kena dimana sambal kerang terlebih manis dicampur lagi dengan sambal nasi lemak sendiri yang sudah sedia manis sehinggakan saya sendiri tak mampu nak habiskan. Bila makanan terlampau manis memang kita akan rasa muak. Kalau makan lauk seperti ayam goreng, paru atau lain-lain mungkin ngam!

Sambal Kerang Nasi Lemak Mak Wanjor, Kampung Baru

Sambal Kerang Nasi Lemak Mak Wanjor, Kampung Baru

 

Pernah makan di Mak Wanjor? Sedap ke tak sedap? Berikan pandangan anda di ruangan komen. Yang belum cuba dan ingin cuba, boleh ke alamat di bawah:

Nasi Lemak Mak Wanjor
No. 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi :
6.30 am- 12.00 pm
4.00 pm – 1.00 am

Kordinat : 3.162290, 101.704401

Carian kedai makan sedap:

  • nasi lemak mak wanjor kampung baru
  • gambar nasi kerang
  • sarapan di kg baru
  • nasi lemak wanjor
  • nasi lemak mak wanjor
  • Nasi Lemak @ Mak Wanjor (Kampung Baru)
  • nasi dan sambal
  • makan di nasi lemak mak wanjor kl
  • kedai nasi lemak popular di kampung bharu
  • kedai nasi lemak paling popular di jb
  • kedai jual nasi lemak kerang waktu pagi di jb
  • gerai nasi lemak kampung baru
  • waktu operasi nasi lemak kg baru

The post Nasi Lemak Mak Wanjor, Kampung Baru appeared first on MySelera.com.


Restoran Kacang Pool Haji, Larkin Popular di Johor

$
0
0

Kalau sebut je Kacang Pool Haji, pasti ramai yang kenal kerana Kacang Pool Haji sememangnya kacang pool yang popular di Johor. Tak lengkap kalau pergi Johor Bharu tak merasa Kacang Pool Haji ini.

Pemilik Kacang Pool Haji, Makpol Saimon telah mengusahakan restoran ini sejak 20 tahun yang lepas. Kacang Pool Haji juga pernah membuka cawangan di Damansara, tetapi tidak lama sebelum ditutup dan dikatakan pulang ke Johor.

Mencari kedai makan ini tidak la sesusah mana  kerana terletak di Medan Selera Larkin Bomba.

Kalau di waktu pagi, memang ramai orang tidak seperti di waktu petang. Mungkin rakyat Johor suka bersarapan Kacang Pool di waktu pagi. kan?

Dekat medan selera ni ada gerai lain juga seperti rojak, sate, ABC dan lain lain.

Restoran Kacang Pool Haji Larkin Bomba

Kacang Pool bukan Kuah Kacang

Pertama kali saya makan kacang pool. Tidak pernah makan dan tidak pernah tahu bagaimana texture rasa kacang pool. Yang pasti pada mulanya saya ingatkan ia seperti kuah kacang kerana namanya Kacang Pool! Rupa-rupanya tidak!

Kuah kacang pool sebenarnya dimasak dengan daging cincang untuk memekatkan lagi kuah.Ditambah dengan hirisan bawang, lada bangala, dan limau, sebelum dihidang bersama  telur goreng mata kerbau dan roti istimewa yang tebal!

Harga Kacang Pool Haji RM5.00 satu set. Murah ke mahal? Tak dapat nak dikenal pasti sebab pertama kali makan.

Restoran Kacang Pool Haji Larkin Bomba 2

Pekerja menyerdiakan Kacang Pool untuk pelanggan

Minum Petang di Restoran Kacang Pool Haji Larkin Bomba

Nikmat minum petang dengan Kacang pool

Kacang Pool Haji Memang Sedap!

Tidak dapat dinafikan sekali makan terus suka dengan Kacang Pool Haji. Kepekatan kuah dan rasa memang unik. Roti walaupun hanya 1 keping diberikan tetapi ia agak tebal. Nampak macam tak kenyang kalau makan roti sekeping. Tapi bila di cicah dengan kuah kacang pool, 1 keping boleh kenyang. Memang lembut roti walaupun tebal!

Harga Restoran Kacang Pool Haji Larkin Bomba

Secara kesuluruhan Kacang Pool Haji Memang sedap! Yang tak pernah makan memang wajib cuba bila pergi ke JB! Kacang Pool Haji antara kedai makan sedap di Johor Bharu.

Kalau ada perancangan nak singgah makan kacang pool, boleh ke alamat dibawah:

Kacang Pool Haji
No. 3, Medan Selera Larkin Bomba, (Susur 5 Jalan Tun Abdul Razak), 80000 Johor Bahru.

Waktu operasi: 7 pagi – 12 malam

Koordinat : 1.485678, 103.750384

 

Carian kedai makan sedap:

  • kacang pool haji
  • kacang pool
  • kacang pool larkin
  • resepi kacang pool
  • kacang pool johor
  • resepi kacang pool sedap
  • resepi kacang pool haji
  • restoran kacang pool haji
  • kacang pool in johor bahru
  • resepi kacang pool johor
  • kacang pool jb
  • kacang pool haji larkin
  • rupa kacang pool
  • kacang pool wangsa maju
  • kacang pool kl
  • resepi kacang pool larkin
  • kacang pool haji shah alam
  • kacang pool larkin waktu operasi
  • kacang pool resepi
  • kacang pool sedap di johor

The post Restoran Kacang Pool Haji, Larkin Popular di Johor appeared first on MySelera.com.

Cendol Wahab. Peminat Cendol Kena Datang Sini!

$
0
0

Pernah dengar Cendol Wahab atau lebih dikenali Wahab’s Cendol – The Best Cendol in Town? Ramai yang panggil Cendol Wahab tetapi nama restoran adalah Restoran Wahab.

Kini perniagaan Cendol Wahab yang  bermula di pasar malam sudah berusia 27 Tahun! Restoran Wahab terletak di Taman Sri Rampai, Wangsa Maju.

Cendol Wahab Best Cendol In Town, Taman Sri Rampai Wangsa Maju

 

Masa sampai tengah hari masih tak ramai orang. Terus buat pesanan selepas diberikan kertas ini. Kena tunggu pelayan kasi kertas baru boleh buat pesanan.

Kan senang kalau letak kertas atas meja sahaja. Tak perlu tunggu pelayan kan? Macam Old Town gitu!

Cara Order Cendol Wahab Best Cendol In Town, Taman Sri Rampai Wangsa Maju

Saya pesan cendol pulut + kacang merah + jagung dan juga Char Kuey Teow Udang. Dalam 15 minit, cendol sampai diikuti Char Kuey Teow. Yang tak best, saya order Char Kuey Teow Udang, tapi yang sampai Char Kuey Teow Kerang.

Hmm.. Memandangkan ada kerja dan taknak tunggu lama, makan saja laaa.

Cendol Wahab Best Cendol In Town, Taman Sri Rampai Wangsa Maju 2

Cendol Pulut, Kacang Merah dan Jagung! Sedap sangat! RM4.00.

Char Kuey Teow Kerang Cendol Wahab Best Cendol In Town, Taman Sri Rampai Wangsa Maju 3

Char Kuey Teow Kerang RM5.00

Cendol Wahab – The Best Cendol In Town

This is the best Cendol in Town! Memang sedap cendol disini. Manis dan tapi kurang berlemak. Walaupun begitu, kuantiti jagung, kacang merah dan pulut boleh dikatakan agak banyak. Ini baru betul cendol! hehe

Jenuh juga nak menghabiskan satu mangkuk sebab banyak bahan-bahan. Tapi bila dah habis memang kenyang!

Cendol Wahab Best Cendol In Town, Taman Sri Rampai Wangsa Maju 3

Sedap makan musim panas!

Char Kuey Teow disini biasa-biasa sahaja. Tiada yang istimewa. Kuantiti? Nampak saja besar tapi sekejap saja boleh dihabiskan.

Char Kuey Teow Kerang Cendol Wahab Best Cendol In Town, Taman Sri Rampai Wangsa Maju

Nampak banyak, tapi bila makan.. “eh..dah habis” hehe

Selain dari Char Kuey Teow, disini juga ada makanan bergoreng, nasi lemak dan juga nasi ayam. Restoran Wahab juga menyediakan perkhidmatan catering untuk Majlis Kahwin, Majlis Ulangtahun, Majlis Kesyukuran & Doa selamat dan Majlis Korporat. Jadi jika mahu hidangkan cendol di majlis anda, carilah Wahab Cendol.

Rasa sendiri sedap atau tidak cendol mereka. Jemput datang ke Restoran Wahab seperti alamat di bawah:

Restoran Wahab Cendol – The Best Cendol in Town
No. 43, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, 53300 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel. no : 03-4143 5578 / 016-252 8005

Waktu operasi : 10 pagi – 12 malam

Kordinat : 3.199305, 101.728999

Carian kedai makan sedap:

  • wahab cendol
  • cendol wangsa maju
  • cendol sri rampai
  • wahab cendol best in town
  • restaurant wahab cendol ampang
  • cendol wahab wangsa maju
  • harga wahab cendol
  • wahab cendol wangsa maju sedap ke?
  • wahab cendol wangsa maju
  • wahab cendol sri rampai
  • cendol wahab
  • sate antarabangsa sri rampai sedap sangat
  • restoran wahab cendol
  • resto wahab cendol di malaysia
  • cendol wangsamaju
  • menu di cendol wahab
  • menu cendol wahab
  • makan bufet tengahari di sri rampai
  • kedai cendol di pj new town
  • wahab sri rampai

The post Cendol Wahab. Peminat Cendol Kena Datang Sini! appeared first on MySelera.com.

Cendol Seksyen 7 Shah Alam, Belakang UNISEL

$
0
0

Musim Panas, musim yang sesuai untuk minum dan makan makanan sejuk. Antaranya adalah cendol! Mencari dimana cendol sedap di Shah Alam. Erm.

Terdapat satu gerai cendol Melayu yang yang menjadi tumpuan di Shah Alam iaitu di Seksyen 7, terletak di belakang UNISEL. Tak susah pun nak cari. Boleh nampak gerai ini selepas masuk simpang ke Seksyen 7 belakang Unisel.

Ia hanya sebuah gerai yang kecil dari sebiji motor sahaja, terletak di atas bukit. Boleh tahan ramai yang datang makan cendol disini.

Cedol Seksyen 7, Shah Alam

Cendol pulut cendol pulut!

Ada beberapa pilihan cendol yang ada disini iaitu Cendol biasa, Cendol Pulut dan Cendol Tapai. Selain dari cendol ada juga Laksa Utara!.

Kombinasi terbaik apabila boleh minum petang cendol dengan laksa!

Makan atas bangku plastik santai-santai tepi jalan! Konsep kat gerai ni, order, makan dan bayar.

Minum petang di Cedol Seksyen 7, Shah Alam

Nikmat makan cendol musim panas!

Memang nikmat makan cendol di musim panas. Cendol Seksyen 7 Shah Alam ini boleh dikatakan sedap. Cukup rasa dan pulut dia banyak. Sesetengah penjual cendol ada yang kedekut pulut. Tapi yang ini memang banyak. Kuah manis dan berlemak. Cukup rasa.

Kalau ada pilihan jagung atau kacang mesti lagi sedap kan?

Laksa pula, bagi saya biasa-biasa sahaja. Kurang rasa, dan kurang umphh! Atau sebenarnya Laksa Utara dari Jitra Kedah memang rasa macam ni?

Yang penting kena cuba dulu! Lain orang lain selera.

Harga kami makan 2 mangkuk cendol dan 1 mangkuk laksa jumlah RM8! Ok la…Harga biasa bagi cendol dan laksa.

Cedol Seksyen 7, Shah Alam Sedap!

Cendol extra Manis!

Laksa di Cedol Seksyen 7, Shah Alam

Laksa Jitra Mari!

Lain kali boleh datang singgah makan cendol disini lagi. Nak makan cendol? Boleh terjah alamat dibawah:

Cendol Seksyen 7, Shah Alam

Kordinat : 3.075688, 101.496437

Carian kedai makan sedap:

  • laksa sedap di shah alam
  • cendol shah alam
  • cendol pulut shah alam
  • best cendol shah alam
  • laksa cendol shah alam
  • laksa dan cendol di shah alam
  • laksa n cendol sedap di kg melayu subang
  • laksa seksyen 7
  • laksa seksyen 7 shah alam
  • lokasi laksa dan cendul sedab di shah alam?
  • minum petang di seksyen 7
  • nikmat cendol
  • laksa best di shah alam
  • laksa belakang unisel
  • kedai makan di unisel
  • Cendol best di shah alam
  • cendol famous shah alam
  • cendol sedap di seksyen 7
  • cendol sedap di shah alam
  • Cendol sedap seksyen7

The post Cendol Seksyen 7 Shah Alam, Belakang UNISEL appeared first on MySelera.com.

Nasi Lemak Kukus Goreng Chef Fauzey

$
0
0

Kali ni Projek Nasi Lemak diteruskan lagi dengan mencari nasi lemak lain dari yang lain. Nasi Lemak Kukus Goreng dari Chef Fauzey mendapat tempat dihati peminat nasi lemak selepas mendapat liputan oleh Majalah 3.

Saya sempat bertemu dengan Chef Fauzey yang merupakan pengasas nasi lemak kukus goreng. Menurut beliau, beliau mula berniaga nasi lemak kukus selepas berhenti menjadi Chef di hotel 5 bintang selama 10 tahun.

Bukan mudah untuk memulakan perniagaan nasi lemak kerana selama bekerja di hotel, Chef Fauzey lebih cenderung kepada masakan makanan barat. Walau bagaimanapun ia tidak menjadi penghalang apabila Chef Fauzey belajar sendiri dari makcik beliau perkara asas membuat nasi lemak.

Idea untuk membuat nasi lemak kukus goreng datang apabila ada seorang pelanggan membuat pesanan Nasi Lemak Goreng Kukus Goreng. Disebabkan permintaan tersebut, Chef Fauzey mula mengolah semula resepi nasi lemak kukus goreng kerana apabila menggunakan nasi lemak ia tidak sesuai untuk masak seperti nasi goreng biasa kerana mempunyai santan.

Banyak kali beliau mencuba untuk mendapatkan resepi yang sempurna, akhirnya Nasi Lemak Kukus Goreng kini semakin dikenali.

Nasi Lemak Kukus Goreng Chef Fauzey001

Waktu saya ke Gerai Mobil Nasi Lemak Kukus Goreng Chef Fauzey boleh dikatakan meja agak penuh walaupun bukan di hujung minggu. Sebelum ini, Chef Fauzey hanya membuka gerai pada waktu hari biasa.

Selepas mendapat liputan di Majalah 3, pelanggan yang datang semakin ramai dan ada yang datang dari Melaka dan Negeri Sembilan semata ingin merasa Nasi Lemak Kukus Goreng. Disebabkan itu, beliau berfikir untuk membuka gerai pada hujung minggu bermula 2 minggu lepas.

Jangan terkejut sekiranya anda datang di hujung minggu ramai yang beratur, kerana Nasi Lemak Kukus Goreng memang menjadi fenomena sekarang.

Bagi anda yang datang ke sini tetapi tidak sempat menjamu selera disebabkan nasi lemak habis walaupun beratur lama, diharapkan jangan kecewa. Chef Fauzey masih lagi cuba memenuhi permintaan pelanggan yang naik secara mendadak. Chef Fauzey telah menambah kuantiti hidangan pada hujung minggu untuk tidak mengecewakan pelanggan!

Nasi Lemak Kukus Goreng Chef Fauzey005

Nasi Lemak Kukus Goreng Chef Fauzey lain dari yang lain!

Tak dinafikan memang ia lain dari yang lain. Entah kenapa saya lebih suka nasi lemak kukus goreng berbanding nasi lemak kukus biasa.

Mungkin disebabkan rasa nasi lemak bersama rempah ayam dan udang membuatkan ia lebih sedap disamping sambal yang cukup simple dan pedas.

Nasi Lemak Kukus Goreng Chef Fauzey002

Nasi Goreng + Ayam berempah dan Udang Berempah bersama sambal dan timun. Harga Nasi Lemak Kukus Goreng Chef Fauzey hanya RM7.00

Nasi Lemak Kukus Goreng Chef Fauzey004

Harga Nasi Lemak Kukus Biasa Chef Fauzey RM6.00 sahaja!

Sambal untuk kedua-dua nasi lemak ini adalah sama. Yang membezakannya adalah nasi lemak kukus digoreng dan mempunyai udang goreng berempah, ayam goreng berempah dan telur rebus.

Harga untuk nasi lemak kukus tidak terlalu mahal, memang harga biasa untuk nasi lemak kukus. Tambah seringgit dapat nasi lemak kukus goreng!

Rugi tak cuba.

Harapan kami, semoga perniagaan Chef Fauzey semakin maju!.

Anda nak cuba? Boleh ke alamat dibawah :

Nasi Lemak Kukus Chef Fauzey
Jln Othman Bus Station, Petaling Jaya.

No. Tel: +60193765886

Waktu Operasi : Setiap hari 5.30 ptg – 11.00pm

Kordinat: 3.087072,101.647795

Facebook : Chef Fauzey Nasi Lemak Kukus

Carian kedai makan sedap:

  • nasi lemak goreng
  • nasi lemak goreng pj
  • resepi nasi lemak goreng
  • nasi lemak goreng chef fauzey
  • resepi nasi lemak kukus
  • nasi lemak goreng petaling jaya
  • resepi nasi lemak
  • resipi nasi lemak goreng
  • nasi lemak goreng chef
  • nasi lemak kukus mudah
  • resipi nasi lemak kukus
  • resepi nasi kukus
  • resepi nasi goreng
  • nasi goreng lemak
  • chef fauzey nasi lemak goreng
  • nasi lemak kukus shah alam
  • nasi lemak goteng pj
  • cara masak nasi lemak kukus untuk berniaga
  • nasi lemak ayam best di selangor
  • nasi lemak goreng kelana jaya

The post Nasi Lemak Kukus Goreng Chef Fauzey appeared first on MySelera.com.

Restoran Eye’s Steak, Steak Murah di Kuala Lumpur

$
0
0

Beberapa minggu ni asyik review nasi lemak je, kali ni kita tukar selera makan western pula. Eye’s Steak, restoran western yang baru sahaja dibuka di Bazaria Pantai Dalam pada 1 Mac 2015.

Menurut pemilik Restoran Eye’s Steak, Puan Nisa dan suaminya Ayie, pengalaman memasak steak di luar negara (United Kingdom) membuatkan Puan Nisa ingin merialisasikan impiannya membuka restoran Eye’s Steak dan menjenamakan setaraf dengan Tony Romas dan lain lain.

Semasa kami tiba di Restoran Eye’s Steak, memang dapat dilihat restoran yang masih baru dibuka dengan banner yang besar dan masih dalam proses penjenamaan. Tak susah nak cari, sebab sederet dengan Kedai Makan Sup Herba.

Oleh kerana Puan Nisa ingin menjenamakan Steak, kami mencuba beberapa menu iaitu Ribs Eye, Mix Grill dan Beef Steak. Memandangkan restoran ini masih baru, beberapa makanan belum ada walaupun sudah tertera di dalam menu.Restoran Eye's Steak Restoran Western Murah di Kuala Lumpur -06

Eye’s Steak Bazaria – Rasa Restoran Harga Kedai

Sementara menunggu makanan sampai, kami order Chicken Boxing yang berharga RM5.00. Makan sambil borak-borak. Rasa dia ok, cuma agak keras sedikit mungkin sebab digoreng terlalu lama.

Selepas 30 minit membuat pesanan, makanan kami sampai. First impression, mungkin presentation yang kurang menarik dan hanya ada coeslow dan kentang goreng. Tapi kena makan dulu. Don’t judge a book by its cover!

Restoran Eye's Steak Restoran Western Murah di Kuala Lumpur -02

Ribs Eye – RM 16.00

Restoran Eye's Steak Restoran Western Murah di Kuala Lumpur -05

Mixed Grilled (Chicken & Beef) – RM 13.50

Restoran Eye's Steak Restoran Western Murah di Kuala Lumpur -05

Lamb Chop – RM 11.50

Perkara pertama yang kami boleh cakap, harga steak dekat sini jauh lebih murah berbanding restoran lain. Memang sesuai untuk mereka yang nak makan steak tapi tak mampu bila lihat harga di restoran lain.

Bila cakap pasal steak, orang akan tengok pada kelembutan steak tersebut. Apa yang buat saya puas hati adalah steak mereka yang lembut, tak liat dan senang nak kunyah.

Sos black paper yang digunakan juga sedap tapi lebih sedap jika ditambahkan lagi black paper. Saya suka sos cendawan. Kalau ada yang tak makan pedas, tukar dengan sos cendawan. Memang sedap!

Portion yang diberikan untuk lamb chop dan mixed grilled agak besar. Terutamanya mixed grilled.

Sedikit cadangan dari kami, lagi best kalau ada botol sos cili dan mayonis di atas meja dan presentation lebih sikit sebagai contoh ada roti!.

Parking agak susah sedikit, sebab kawasan perumahan yang penuh dengan pelajar Universiti Malaya.

Kesimpulan

Jika dilihat di Facebook Eye’s Steak, harga spaghetti hanya sekitar RM5-7! Memang murah. Sesuai la dengan tagline “Rasa Restoran, Harga Kedai”.

Bagi anda yang nak ke mencuba steak murah dan sedap di Kuala Lumpur, boleh ke Restoran Eye’s Steak di alamat berikut:

Restoran Eye’s Steak
Bazaria Pantai, Pantai Dalam

Waktu operasi : 6 pm – 12 am

Kordinate : 3°06’24.5″N 101°40’10.7″E

Facebook : Eye’s Steak on the Alley

No. Tel : 011-1235 3984 / 017-256 3238 ( Puan Nisa)

 

Carian kedai makan sedap:

  • eye steak pantai dalam
  • steak murah kl
  • chicken chop sedap di kl
  • makanan western kuala lumpur
  • kedai makanan western murah di kuala lumpur
  • makan western murah lembah kelang
  • kedai makan termurah dan sedap di damansara
  • port makan kl
  • tempat makan western sedap kl
  • tempat makan yang sedap di kl
  • kl mkanan sedap dan murah
  • tempat makan murah dan sedap di kuala lumpur
  • tempat makan di kuala lumpur
  • steak murah di langkawi
  • restoran eye\s steak kl
  • makan western yg murah di kl
  • steak terbaik di kuala lumpur
  • tempat makan sedap di k l
  • steak sedap di
  • kedai western best di petaling jaya 2015

The post Restoran Eye’s Steak, Steak Murah di Kuala Lumpur appeared first on MySelera.com.

Suka Sucre Bistro Fazley Yaakob Kekalkan Citarasa Negeri Sembilan

$
0
0

Suka Sucre Bistro, kalau sebut sahaja pasti ramai yang tahu pemiliknya adalah seorang yang artis yang telah memenangi Masterchef Selebriti Malaysia iaitu Datuk Fazley Yaakob.

Dengan berbekalkan gelaran Juara MasterChef Selebriti Malaysia, Datuk Fazley terus menggunakan peluang yang ada dengan mengikuti kelas masakan ternama iaitu Le Cordon Bleu, Paris dalam bidang Kulinari dan peringkat sarjana di Sugar Art di PME, United Kingdom.

Suka Sucre yang bermaksud Suka Gula dimana Sucre bermaksud Gula dalam bahasa French.

Suka Sucre Bistro Datuk Fazley Yaakob001

Hiasan dalaman yang Exclusive!

Pertama kali masuk Suka Sukre Bistro, sangat tertarik dengan hiasan dalaman yang boleh dikatakan cukup eksklusif.

Suka Sucre Bistro Kekalkan Sajian Ala Negeri Sembilan

Bila tengok Menu yang ada di Suka Sucre, kebanyakkannya adalah makanan French dan Asian. Dato’ Fazley yang berasal dari Negeri Sembilan mengekalkan citarasa makanan Negeri Sembilan seperti masak lemak cili api. Sungguh la rugi tak singgah merasa masakan Datuk Fazley Yaakob.

Memandangkan masa kami sampai masih pagi jadi tiada orang, servis boleh dikatakan agak cepat dan mesra. Selepas selesai makan pun staff disini ramah bertanya makanan sedap ataupun tidak.

Hidangan yang saya pilih adalah Pasta Daging Salai Masak Lemak  dan Nyonya Paris sebagai dessert! Dessert Nyonya Paris di cadangkan sendiri oleh Datuk Fazley. Kebetulan pula dia berada di restoran.

Sempat jumpa dan sembang.

Suka Sucre Bistro Datuk Fazley Yaakob009

Pasta Daging Salai Lemak Cili Api – Mesti cuba. RM21.90

Suka Sucre Bistro Datuk Fazley Yaakob002

Coffee Latte

Jika datang ke Suka Sucre JANGAN LUPA untuk mencuba dessert mereka yang popular iaitu Nyonya Paris – agak unik kerana menggabungkan elemen pencuci mulut timur + barat. Ada gula melaka dan butterscoth. Kek vanilla dan coklat. memang manissss!

Suka Sucre Bistro Datuk Fazley Yaakob003

Top Dessert Nyonya Paris.

Keseluruhan saya boleh kata makanan disini memang sedap! Wajib la pergi dan cuba. Parking pun tak susah. Free parking ok! Tak perlu bayar.

Bagi anda yang makan di Suka Sucre Bistro boleh ke alamat di bawah:

Suka Sucre Bistro Fazley Yaakob
Wisma RYU, 81, Jalan 2/90, Taman Pertama, Cheras

Waktu operasi: Selasa – Ahad  12pm – 7pm

Instagram : SukaSucre

Carian kedai makan sedap:

  • suka sucre
  • suka sucre menu
  • sukasucre bistro
  • sukasucre fazley
  • Suke sucre kuala lumpur dato fazlu
  • sukasucre bistro menu
  • sukAsucre menu
  • suka sukre
  • sukasucre review
  • suka sucre by fazley yaakob
  • suka sucre bistro
  • sucresuka menu
  • sucre sucre johor bahru
  • fazley yaacob bistro
  • harga makanan di suka sucre
  • harga pasta di suka sucre
  • kedai dato fazley yacob
  • lokasi kedai datuk fazley
  • makan di kedai sucre suka
  • restoran dato fazley

The post Suka Sucre Bistro Fazley Yaakob Kekalkan Citarasa Negeri Sembilan appeared first on MySelera.com.

Restoran Red Wok Bangi Sajikan Steamboat & Masakan Cina

$
0
0

Red Wok Steamboat salah satu restoran steamboat yang popular di Bangi. Sering kali menjadi tumpuan keluarga untuk menjamu selera dengan tema “All You Can Eat Steamboat Buffet/Korean Style Sizzling Steamboat Buffet”. Ia dibuka sejak tahun 2010.

Memang senang nak kenal Red Wok Steamboat kerana restorannya berwarna merah.

Red Wok Steamboat Bangi001

 

Nama Red Wok pasti ada yang tertanya, “Halal ke?”. Red Wok adalah restoran halal yang bukan sahaja menyediakan steamboat tetapi turut mempunyai menu ala-cart Chinese food dan juga masakan Thai. Orang Bangi yang teringin makan masakan Chinese food, tak perlu susah-susah pergi jauh-jauh sampai Kuala Lumpur sebab kini sudah ada di Bangi.

Red Work Steamboat menjadi tumpuan kerana harganya murah!

Apa yang menarik di Red Wok Steamboat? Terdapat lebih kurang 100 jenis makanan untuk dipilih penggemar steamboat seperti ayam, daging, seafood, dan pelbagai jenis bebola serta sayur-sayuran.

Selain itu pelanggan juga dihidangkan dengan menu lain seperti nasi goreng, mee goreng, buah buahan, dumpling goreng, dan juga ais krim sebagai dessert.

Di Restoran Red Work Steamboat terdapat 3 jenis kuah iaitu ayam, tomyam dan herba.

Red Wok Steamboat Bangi

Makanan buffet seperti nasi goreng, mee goreng, daging masak kicap, ayam bakar dan lain lain.

Red Wok Steamboat Bangi

Pelbagai jenis seafood!

Red Wok Steamboat Bangi

Pilihan daging basah untuk penggemar steamboat!

Boleh dikatakan steamboat buffet disini lebih murah dengan harga hanya RM30++ untuk 1 orang. Sebab itu bermula pukul 8 malam, pelanggan dah mula ramai. Ada yang datang sekeluarga dan ada yang datang bersama rakan-rakan. Selain dari harga, mungkin pilihan menu yang pelbagai membuatkan Restoran Red Wok Bangi menjadi tumpuan

Red Wok Steamboat BangiBagi kami steamboat di Restoran Red Wok memang sesuai untuk keluarga kerana suasananya yang selesa. Dari segi makanan, 100 jenis bahan steamboat boleh buat anda makan sampai buncit.

Oh ya! Jangan lupa rasa sos pencicah special dari Red Wok, itu memang sedap!

Bagi penggemar steamboat yang ingin mencari steamboat murah di Selangor, lokasi Restoran Red Wok seperti alamat dibawah:


Restoran Red Wok Steamboat & Grill
Lot _T 70550, Jalan Kajang Impian 1/2, Taman Kajang Impian, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tel no : 03-8927 4100 / 019-339 4655 (Awang Hasyim)
Email : redwok2u@gmail.com

Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat – Dinner 5:00 pm-2:00 am
Sabtu – Ahad – 12:  pm – 2:00 am

Facebook : Restoran Red Wok

Carian kedai makan sedap:

  • redwok harga 2015
  • steamboat sedap di bangi
  • steamboat bangi sedap
  • redwok harga
  • Redwok banhi
  • red wok bangi 2015
  • menu di restoran red wok bangi
  • lokasi red wok
  • steamboat bandar baru bangi 2015
  • restoran red wok
  • redwok menu ayam
  • makan di red wok 2015
  • makan steamboat bangi
  • makan steamboat red wok bangi
  • menu di red wok bangi
  • nama resepi makanan seafood ala thai
  • daging steamboat bangi

The post Restoran Red Wok Bangi Sajikan Steamboat & Masakan Cina appeared first on MySelera.com.


Buffet Ramadhan 2015 Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur

$
0
0

Buffet Ramadhan 2015 bertemakan “The Tales of Nusantara” adalah kelainan yang ingin ditonjolkan oleh Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur ( dahulunya dikenali sebagai HOTEL IMPERIAL) sempena Ramadhan tahun ini.

Restoran Essence menyajikan menu makanan kegemaran rakyat Malaysia di gerai-gerai yang dibuka dalam restoran dan juga stesen masakan untuk melihat secara dekat chef mereka memasak setiap satu hidangan tradisional nusantara.

Buffet Ramadhan 2015 Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan 2015 Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan 2015 Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur - Nasi AMbeng

The Tales of Nusantara

Buffet Ramadhan kali ini menyaksikan lebih daripada 210 hidangan disajikan oleh Restoran Essence, Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur dari kepakarannya iaitu hidangan masakan Melayu, India, Cina, Vietnam, Indonesia, Singapura dan lain lain yang pasti membuka selera.

Hidangan terkenal yang pasti menjadi perhatian penggemar buffet ramadhan adalah Essence’s Whole Baby Lamb with Mandi Rice, Baked Whole Sea Bass Bumbu Bali, Nyonya Curry Laksa, Singapore Chili Crab, Lagan ki Boti dan banyak lagi hidangan yang sepanjang 120 meter yang anda boleh cuba.

Dan lebih menarik lagi anda juga boleh melihat sendiri chef-chef ini menyediakan hidangan di stesen memasak secara langsung.

Kalau nak buat senarai makanan yang anda, memang banyak, jadi kami kongsikan gambar hidangan yang mengiurkan untuk tatapan anda di sini.

Buffet Ramadhan 2015 Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur - Whole baby lamb & Mandi Rice

Buffet Ramadhan 2015 Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur - Itik bakar 1

Buffet Ramadhan 2015 Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur Masakan kampung 1

Buffet Ramadhan 2015 Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur - Chili Crab 1

Buffet Ramadhan 2015 Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur - Ikan bakar 1

Buffet Ramadhan 2015 Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur - Ulam ulaman 1

Buffet Ramadhan 2015 Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur - Sup meletup 1

Buffet Ramadhan 2015 Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur - Kerabu 2

Buffet Ramadhan 2015 Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur - Chinese Cuisine 1

Buffet Ramadhan 2015 Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur - Hidangan Indian 1

Indian Cuisine..

Buffet Ramadhan 2015 Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur - Pacel 3

Buffet Ramadhan 2015 Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur - Pelbagai Jenis Kerabu 1

Pelbagai jenis kerabu untuk peminat kerabu!

Selain dari hidangan utama,  dessert yang disediakan sempena bulan ramadhan kali ini tidak kurang enaknya. Beberapa jenis kuih muih yang popular di bulan Ramadhan turut disajikan seperti, onde-onde, kuih lapis, ketayap, seri kaya, putri mandi dan lain lain.

Buffet Ramadhan 2015 Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur - Kuih Muih 1

Buffet Ramadhan 2015 Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur Dessert 1

 

Buffet Ramadhan 2015 Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur Kuih Muih 2 Buffet Ramadhan 2015 Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur -Kuih kapit 1

 

Harga Buffet Ramadhan Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur

Harga Dewasa : RM138 / person
Harga Kanak-kanak bawah 4 tahun : PERCUMA
Harga Kanak kanak dari 4 hingga 12 tahun : 50% OFF
Tarikh Buffet Ramadhan : 18 June – 17 July 2015

** Early Bird Promotion sehingga 17 Jun 2015 : RM90 / person

Oh ya…! Jika anda menginap di Hotel Shereton Imperial Kuala Lumpur pada bulan Ramadhan kali ini, anda boleh menikmati sahur dengan beberapa hidangan istimewa ala kampung seperti ikan keli tumis bersama cili padi dan santan, ikan patin sungai bersama santan dan daun pegaga, sup ekor lembu bersama kentang dan lobak merah dan lain lain. Semua hidangan ini anda boleh dihantar ke bilik anda dan dinikmati dengan harga RM52 nett.

Selain itu, anda boleh take away Ramadhan Mandy Rice Special di Toastina Café & Bar beruma dari 18 Jun sehingga 16 July 2015 pada harga RM15 seorang. Nasi mandi akan mula dijual pukul 4 -6 petang.

Essence Restaurant sememangnya mempunyai sijil Halal JAKIM. Jika ragu-ragu dengan status halal mereka, sila layari laman web www.halal.gov.my atau klik di sini

Sebarang tempahan serta maklumat lokasi seperti dibawah:

Essence Restaurant, Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel no : 03-2717 9933
Email : restaurants.imperial@sheraton.com
Website: www.sheratonimperialkualalumpur.com 

Carian kedai makan sedap:

  • buffet ramadhan
  • buffet ramadhan 2015 hotel
  • buffet ramadhan johor 2015
  • hotel & ramadhan 2015 promotion kuala lumpur
  • ramadhan buffet 2015 jb

The post Buffet Ramadhan 2015 Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur appeared first on MySelera.com.

Buffet Ramadhan Hotel Impiana KLCC. Ada Durian

$
0
0

Kalau sebut mengenai Buffet Ramadhan, pasti ramai yang nak tahu hidangan apa yang ada di Impiana KLCC Hotel kali ini. Maklumlah, Impiana KLCC Hotel antara destinasi berbuka yang mendapat sambutan hangat setiap kali menjelang bulan puasa.

Dengan bertemakan konsep tradisional dan konsep Bazaar di Tonka Bean Café, anda boleh menikmati juadah berbuka puasa di sini bermula dari 18 Jun sehingga 17 Julai 2015.

Buffet Ramadhan Impiana KLCC menawarkan lebih daripada 30 jenis menu makanan.

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -21

Tonka Bean Cafe menawarkan lebih 300 hidangan tradisional yang datangnya dari serata negeri di Malaysia. Antara hidangan istimewanya adalah Sup Gear Box, Roasted Whole Lamb, Briyani Gam, dan pelbagai jenis hidangan yang menarik dan pasti mengiurkan, terutama yang gemarkan masakan kampung.

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -24

Sup Gear Box Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -17

Roasted Whole Lamb Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel

Nasi Briyani Gam Daging Ayam dan Kambing!

Nasi Briyani Gam Daging Ayam dan Kambing! Boleh cuba semua!

Turut menjadi tumpuan adalah hidangan tradisional lain seperti kari daging, kari seafood, sambal sotong, nasi ulam, nasi minyak, sayur lemak dan tak terlupa bagi penggemar masakan chineese, pelbagai jenis hidangan disediakan!

Pelbagai jenis kerabu.Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -11

Pelbagai jenis kerabu.B

Ulam ulaman dan pencicah. Budu wajib!

Ulam ulaman dan pencicah. Budu wajib!

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -9

Nasi Kerabu Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -6

Nasi Kerabu Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -6

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -2

Kari Seafood! Wajib makan ni!

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -2

Roti canai!

Sambal sotong Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -2

Ini paling maveles! Sambal sotong. Tapi pedas dia tahap keluar asap. Memang pedas gile!

Sambal sotong Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -2 Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -6

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -1

Kari daging!

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel

Kuih tradisional. Tapi agak lemau sebab dihidang tempat terbuka

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel

Pelbagai jenis bubur!

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -14

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel

Salmon untuk penggemar salmon

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -16

Hidangan makanan Chinese.

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel

Kebab!

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel

Seafood segar! Penah makan tiram? ini la masa nak mencuba tiram!

Makanan Sunnah Rasullullah di Impiana KLCC

Beberapa makanan sunnah Rasullullah bakal menjadi santapan berbuka puasa anda di Buffet Ramadhan Impiana KLCC antaranya buah delima, buah kurma, kismis dan lain lain.

Jangan terkejut, mereka turut menyediakan 1 gelas kecil air Zam-Zam untuk semua. Tetapi terhad 1 cawan seorang sahaja.

Sambil menikmati makanan di sini anda juga bakal dihiburkan dengan alunan Ghazal dari gendang dan gambus.

Santapan durian di Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel

Santapan durian di Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel

Istimewanya di Buffet Ramadhan Impiana KLCC Hotel adalah durian. Ya, durian.
Mereka menawarkan UNLIMITED durian untuk anda! Jadi, boleh makan durian sampai pengsan berlatar belakangkan KLCC.

Memang cantik.

Selain dari Durian, banyak lagi buahan-buahan lain seperti laici, epal, buah naga, duku, dan lain lain.

Sebelum menikmati durian, boleh juga menyejukkan badan dengan aiskrim dulu. Mereka menyediakan lebih dari 20 jenis perasa aiskrim untuk anda! Semuanya dari Baskin Robbins.

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -27

Harga Buffet Ramadhan Impiana KLCC Hotel

Dewasa – RM148.00 nett/pax
Kanak-kanak (6-12 tahun) – 50% diskaun
3 hari pertama dan 3 hari terakhir : RM128.00 nett/pax

Harga Sahur di Impiana KLCC Hotel

RM53 nett/pax
3.00 pagi – 5.30 pagi.

Bagi anda yang ingin berbuka puasa di Tonka Bean Café, Impiana KLCC, boleh buat tempahan atau booking:

[info_box]

Tonka Bean Café
Lobby Level, Impiana KLCC Hotel & Spa
13, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

Website: www.impiana.com

Reservation : 03-21471111, ext. 3034, 3035 or 3320

[info_box]

Carian kedai makan sedap:

  • buffet ramadhan 2015 hotel review

The post Buffet Ramadhan Hotel Impiana KLCC. Ada Durian appeared first on MySelera.com.

Buffet Ramadhan 2015 Restoran Rebung

$
0
0

Kalau sebut Restoran Rebung, pasti ramai yang tahu pemiliknya adalah Dato’ Chef Ismail dan Datuk Dr. Sheikh Muzaffar Shukor.

Bagi anda yang merindui atau teringin merasai masakan kampung pada bulan puasa ini, Restoran Rebung terus menerus menyajikan makanan lazat bertemakan Masakan Nenda. Pelbagai juadah dan aneka masakan melayu disajikan di bulan Ramadhan kali ini khas dari Dato’ Chef Ismail.

Pada tahun ini, buat pertama kali Restoran Rebung bekerjasama dengan Menara Kuala Lumpur dimana Restoran Rebung turut menyediakan makanan selama 20 hari untuk pelanggan Menara Kuala Lumpur. Jadi rasa nak merasa makanan ala kampong di tempat yang menarik tersergam indah atas langit, boleh la ke Menara Kuala Lumpur.

Buffet Ramdhan Restoran Rebung

Antara menu utama untuk buffet ramadhan 2015 Restoran Rebung yang menjadi pilihan kali ini adalah nasi tomato, nasi minyak, nasi berani dan nasi kerabu bersama dengan daing salai, daging gulai kawah, ayam percik, ikan patin tempoyak, rebung perut, asam pedas, dan banyak lagi yang pasti mengiurkan anda.

Bukan senang nak cari ikan patin tempoyak di tengah bandar Kuala Lumpur lagi-lagi di bulan ramadhan.

Buffet Ramadhan 2015 - Restoran Rebung007

Udang masak merah

Buffet Ramadhan 2015 - Restoran Rebung001

Rebung & Perut Masak Lemak Cili Api

Buffet Ramadhan 2015 - Restoran Rebung002

Buffet Ramadhan 2015 - Restoran Rebung003

Asam Pedas Ikan Pari

Buffet Ramadhan 2015 - Restoran Rebung004

Buffet Ramadhan 2015 - Restoran Rebung006

Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Buffet Ramadhan 2015 - Restoran Rebung008

Kerabu

Buffet Ramadhan 2015 - Restoran Rebung012

Kambing bakar

Selain dari itu, tak lengkap kalau berbuka puasa tanpa hidangan sampingan seperti murtabak, bubur lambuk, rojak buah, cucur bawang, roti jala dan lain lain.

Buffet Ramadhan 2015 - Restoran Rebung009

Murtabak Auam dan Daging

Buffet Ramadhan 2015 - Restoran Rebung010

Bubur Lambuk

Buffet Ramadhan 2015 - Restoran Rebung011 Buffet Ramadhan 2015 - Restoran Rebung013

Buffet Ramadhan 2015 - Restoran Rebung019

Laksa Penang

Buffet Ramadhan 2015 - Restoran Rebung019

Mee Kari

Yang istimewa di Buffet Ramadhan Restoran Rebung, anda akan disajikan dengan pulut durian, pengat pisang, aneka bubur, badak berendam dan pelbagai kuih muih tradisioanl seperti  kuih pelita sebagai pencuci mulut!

Buffet Ramadhan 2015 - Restoran Rebung016 Buffet Ramadhan 2015 - Restoran Rebung015

Buffet Ramadhan 2015 - Restoran Rebung014

Tauhu Sumbat

Buffet Ramadhan 2015 - Restoran Rebung017 Buffet Ramadhan 2015 - Restoran Rebung018

Seperti tahun lepas, majlis berbuka puasa anda bakal dimeriahkan lagi dengan alunan muzik dari pemuzik jemputan. Harga buffet ramadhan di sini nak kata murah pun tidak sebab ini bukan calang-calang restoran.

Harga Buffet Ramadhan Restoran Rebung, Bangsar

Dewasa – Rm75.00++
Kanak-kanak (5-11 tahun) – RM48.00

Oh ya! Dato Chef Ismail turut menyediakan tempahan kuih raya dan juga makanan wajib raya seprti Rendang Tok, dodol dan wajik durian. Kuih raya turut disedaikan oleh Chef Florance Tan.

p/s : Dengarnya Buffet Ramadhan di Menara Kuala Lumpur tahun ini juga mendapat sentuhan dari Chef Ismail. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Menara KL

Bagi anda yang ingin berbuka puasa di Restoran Rebung, boleh buat tempahan awal. Alamat mereka seperti dibawah:

Restoran Rebung
4-2 & 6 Lorong Maarof, Bangsar Park 59000 Kuala Lumpur

No Tel : 03-22832119
Email : restoranrebungchefismail@gmail.com

Carian kedai makan sedap:

  • buffet ramadhan restoran murah 2015 di kl
  • pakej berbuka puasa di restoran rebung
  • restoran sedap corner buffet Ramadan 2015

The post Buffet Ramadhan 2015 Restoran Rebung appeared first on MySelera.com.

Nasi Ayam Sedap di Restoran Tempayan Sungai Buloh

$
0
0

Sebelum ni kami dah review masakan kampung di Restoran Tempayan Sungai Buloh. Sebenarnya selain dari masakan kampung terutamanya asam pedas, ada menu istimewa lain yang menjadi kegilaan pengunjung tegar Restoran Tempayan!  Perlu cuba? Mesti la perlu. Sebab ini antara makanan yang dapat vote paling tinggi di sini.

Nasi Ayam & Lempeng

Jika tengok di Foursquare, ramai yang berpendapat Nasi Ayam dan juga lempeng di Restoran Tempayan ni sedap! Jadi kali ini kami ingin mencuba sendiri.

Restoran Tempayan Sungai Buloh

Lempeng!

Nasi Ayam Sedap di Selangor. Restoran Tempayan Sungai Buloh - 027

Nasi Ayam!

Betul la yang dikatakan oleh penggemar Nasi Ayam Restoran Tempayan. Nasi dan ayam sememangnya lembut. Ditambah lagi dengan sambal yang kurang pedas. Portion ayam juga sesuai bagi yang medium saiz.

Lempeng pula dihidang bersama kuah. Tak cukup 1 mangkuk kuah, kena minta lebih. Lempeng kalau tak dimakan bersama kuah pun sedap! Pendek kata memang wajib cuba.

Selain dari Nasi Ayam dan Lempeng, menu lain yang ada adalah Mee Udang, Set Nasi bersama Asam Pedas, dan juga Set Nasi + Ayam Kampung Berempah.

Set Nasi dan Ayam Kampung Berempat. Restoran Tempayan Sungai Buloh

Set Nasi dan Ayam Kampung Berempah

Set Ikan Bawal Bakar! Restoran Tempayan Sungai Buloh

Set Ikan Bawal Bakar!

Mee Udang! Restoran Tempayan Sungai Buloh

Mee Udang! Memang penuh udang disajikan untuk anda! Wajib cuba ni!

Restoran Tempayan Sungai Buloh

Turut dihidangbersama ulam, sambal belacan dan kari ikan

Jika anda penggemar makanan western jangan risau, Restoran Tempayan turut menyediakan makanan western pada waktu malam!

Harga

  • Mee Udang – Rm15 (biasa), RM20 (Special)
  • Set Asam Pedas – RM9.50
  • Set Nasi Ayam – RM5.80
  • Set Ayam Kampung Berempah – RM6.50
  • Lempeng Kari Ayam – RM4
  • Cucur Udang – RM2

Selain itu, kalau ingin mengadakan jamuan makan bersama rakan sekerja, restoran ini juga menyediakan ruang khas untuk makan berkumpulan.

Secara keseluruhan kesemua makanan yang disajikan sedap dan cukup rasa. Terdapat beberapa menu yang menjadi pilihan kami. Tak rugi datang ke restoran ini.

Pada yang berminat untuk berkunjung, boleh hubungi maklumat seperti dibawah :

Restoran Tempayan, Sungai Buloh
7398 Tingkat Bawah, Jln 1A/3 Bandar Baru Sg Buloh, Sungai Buloh, Selangor

Waktu operasi : Isnin- Ahad (7am-12am)

No. tel: 03 6151 2221
No. faks : 03 6151 2221

Facebook : Restoran Tempayan

The post Nasi Ayam Sedap di Restoran Tempayan Sungai Buloh appeared first on MySelera.com.

Restoran Tempayan Sungai Buloh. Makanan Tengahari Ala Kampung Ada Di Sini

$
0
0

Tercari-cari restoran yang menyajikan menu lauk kampung yang pelbagai dan sedap? Mungkin restoran ini bakal memenuhi selera kampung anda.

Restoran Tempayan, yang terletak di Sungai Buloh, Selangor telah dibuka sejak tahun 2013. Kini sudah 3 tahun restoran ini beroperasi.

Restoran Tempayan ini sering menjadi pilihan untuk makan tengah hari kerana ia terhidang lauk kampung. Restoran ini turut menjadi lokasi utama untuk beberapa slot drama TV3 malah pengasas D’Herbs Dato Aliff Syukri sering singgah ke restoran ini kerana lokasinya berdekatan.

Restoran Tempayan Sungai Buloh - 010

Selain itu, kalau dilihat dalam restoran ini, susun atur dan hiasan dalaman sangat menarik, selesa dan kemas. Ukiran kayu menjadi tema utama untuk Restoran Tempayan selain dari hiasan tempayan kecil dan besar. Boleh dikatakan memang selesa untuk bersantapan bersama keluarga atau kenalan.

Kemudahan seperti das, surau, dan “playground” untuk kanak-kanak turut disediakan. Bagi anda yang ingin makan dalam berrhawa dingin, mereka sediakan khas untuk anda!

Restoran Tempayan Sungai Buloh - 003

Makan Tengah Hari di Restoran Tempayan!

Restoran Tempayan menjadi tumpuan apabila tiba waktu makan tengah hari. Menjadi pilihan pekerja di kawasan terdekat dan juga suri rumah. Kalau anda suka makan makanan kampung, menu ni wajib anda cuba :

  1. Asam pedas kepala ikan
  2. Ayam masak merah
  3. Daging black pepper
  4. Peria goreng
  5. Nangka masak lemak cili api
  6. Lala
  7. Ulam

Restoran Tempayan Sungai Buloh - 003

Asam pedas kepala ikan! Restoran Tempayan Sungai Buloh - 003

Asam pedas kepala ikan!

Ayam masak merah! Restoran Tempayan Sungai Buloh - 003

Ayam masak merah!

Daging Black Paper! Restoran Tempayan Sungai Buloh - 003

Daging Black Paper!

Ini faveret! Peria goreng! Restoran Tempayan Sungai Buloh - 003

Ini faveret! Peria goreng!

Nangka masak lemak cili api! Restoran Tempayan Sungai Buloh - 003

Nangka masak lemak cili api!

Ini lauk wajib ambil! Lala! Restoran Tempayan Sungai Buloh - 001

Ini lauk wajib ambil! Lala!

Restoran Tempayan Sungai Buloh - 003 Restoran Tempayan Sungai Buloh - 002

Dah namapun masakan kampung, tak lengkap rasanya kalau tak ambil ni!

Restoran Tempayan Sungai Buloh - 003

Ulam-ulaman dan sambal belacan!

Secara keseluruhan kesemua makanan yang disajikan sedap dan menyelerakan. Puas hati dan harga pun berpatutan. Lebih dari 10 lauk disediakan untuk makan tengah hari. Tak rugi kalau datang ke restoran ini.

Jika anda nak kunjungi Restoran Tempayan, boleh ke alamat berikut :

Restoran Tempayan, Sungai Buloh
7398 Tingkat Bawah, Jln 1A/3 Bandar Baru Sg Buloh, Sungai Buloh, Selangor

Waktu operasi : Isnin- Ahad (7am-12am)

No. tel: 03 6151 2221
No. faks : 03 6151 2221

Facebook : Restoran Tempayan

Carian kedai makan sedap:

  • RESTORAN MASAKAN MELAYU SG BULOH

The post Restoran Tempayan Sungai Buloh. Makanan Tengahari Ala Kampung Ada Di Sini appeared first on MySelera.com.

Buffet Ramadhan 2015 Bangi Golf Resort. Sous Vide Eggs Paling Laku

$
0
0

Buffet Ramadhan 2015 Bangi Golf Resort antara resort yang mendapat perhatian untuk berbuka puasa setiap kali Ramadhan. Sehinggakan banyak lauk habis awal pada tahun lepas kerana terlampau ramai orang.

Tapi tahun ini Bangi Golf Resort menyediakan ruang yang lebih besar untuk menampung jumlah penggemar buffet ramadhan disini dengan menyediakan 4 dewan. Buffet ramadhan di Bangi Golf Resort tahun ini bermula pada 21 Jun 2015 – 15 Julai 2015.

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort

Pelbagai jenis hidangan buffet termasuk masakan Melayu, masakan Barat, dan juga masakan timur yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Beberapa bahagian disajikan menu yang berbeza antaranya bahagian cooking showcase, western appetizer, menu utama dan masakan timur, live station – pemanis mulut dan juga dessert serta kuih muih!

Cooking Showcase

Dibahagian cooking showcase terdapat makanan kegemaran ramai iaitu Kambing Bakar yang merupakan signature dish di Bangi Golf Resort. Bagi penggemar sup kambing mamak, rugi kalau tak cuba sup disini.

Turut terdapat Sate Ayam dan Daging, Kueh Teow Goreng, Mee Goreng, Nasi Goreng dan Hirisan Daging Kambing di bahagian Cooking Showcase.

Kambing Bakar Buffet ramadhan Bangi Golf Resort - 019

Sup kambing Mamak Buffet ramadhan Bangi Golf Resort - 020 Rakan food blogger, Hazman Fadzil turut menggemari sup kambing mamak disini.

  Sate Ayam dan Daging Buffet ramadhan Bangi Golf Resort - 018

Western Appetizer

Sebelum mula makan, mulakan dengan appetizer dahulu. Di Bangi Golf Resort, pembuka selera bertemakan hidangan barat. Antaranya Krim Ayam Salai dengan Bawang Focaccia Panggang, Beef Lasagna, Grilled Boneless Chicken with dan Creamy Mushroom Sauce.

Beef Lasagna Buffet ramadhan Bangi Golf Resort - 014

Signature dish di sini adalah Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Ada 3 perisa, iaitu original, mushroom dan juga kicap. Tak sempat nak rasa, kejap sahaja dah habis licin! Memang sedap dan memang hot stuff disini.

Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma Buffet ramadhan Bangi Golf Resort - 010 Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma Buffet ramadhan Bangi Golf Resort - 010

Menu Utama dan Masakan Timur

Setengah orang, tak lengkap kalau tak makan nasi. Jangan risau, penggemar masakan melayu disini ada beberapa jenis hidangan kegemaran rakyat Malaysia antaranya Ayam Masak Merah (Ros), Daging Black Paper, Butter Prawn, Fillet dan Sos Serai, Sambal Sotong Kembang, dan juga Rendang Daging Taik Minyak.

Butter Prawn Buffet ramadhan Bangi Golf Resort - 006

Daging Black Paper Buffet ramadhan Bangi Golf Resort - 005

Ayam masak merah ros Buffet ramadhan Bangi Golf Resort - 006

Dimakan bersama dengan nasi putih, nasi lemak dan nasi goreng cina.

Kalau tak nak makan nasi, mee jawa dan rojak ada tersedia untuk anda.

Mee Jawa Buffet ramadhan Bangi Golf Resort - 022

Turut terhidang lemang dan ketupat untuk dimakan bersama rendang ayam!

Lemang dan Rendang Buffet ramadhan Bangi Golf Resort - 003

Pemanis Mulut – Spanish Churro

Bagi penggemar Spanish Churro bersalut coklat, jangan lepaskan peluang merasainya di bahagian pemanis mulut.

Selain dari itu terdapat banyak dari pemanis mulut barat seperti Italian Tiramisu, Chocolate Eclair, Blueberry Cheese Cake, Red Velvet Cake, Young Coconut Jelly, Creme Caramel, Mix Berry Panna Cotta dan Infused Tea Chocolate Ganache Tartlet.

Buffet ramadhan Bangi Golf Resort - 021

 

Jangan ketinggalan dengan kuih muih tradisional seperti kek lapis, pulut panggang, puteri ayu, puding, agar agar, serimuka dan lain lain.

Memang banyak benda yang boleh dimakan di sini tapi tak mampu nak makan semua..

Harga Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort antara yang termurah di Selangor. RM55 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak-kanak.

Kalau nak berbuka disini kami cadangkan supaya anda buat tempahan dahulu.

Bangi Golf Resort
No. 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor
No Tel : +(603) 8925 3728 / +(603) 8210 0265
Kordinat : 2.95716, 101.76518
Email: bgb.bangigolf@gmail.com

 

Carian kedai makan sedap:

  • bangi golf resort bufet ramadhan 2015
  • appetizer for buffet ramadhan
  • iftar 2015 bangi golf resort
  • hotel bangi golf resort harga buffet
  • buffet ramadhan paling sedap
  • buffet ramadhan bangi 2015
  • buffet ramadhan area bangi 2015
  • buffet iftar termurah kawasan putrajaya dan bangi
  • berbuka puasa di bangi golf resort 2015
  • bangi golf resort ramadhan buffet
  • bangi golf resort buffet ramadhan
  • ramadhan buffet 2015 bangi golf resort

The post Buffet Ramadhan 2015 Bangi Golf Resort. Sous Vide Eggs Paling Laku appeared first on MySelera.com.

Buffet Ramadhan Hotel De Palma Shah Alam. Siap Ada Forum Selebriti

$
0
0

Sudah menjadi kelaziman masyarakat kita terfikir-fikir apakah juadah berbuka puasa untuk dimakan bersama-sama dengan ahli keluarga yang harganya murah, berbaloi dan pastinya halal.

Kami berkesempatan untuk merasa dan melihat sendiri juadah buffet ramadhan Hotel De Palma Shah Alam yang menyediakan pelbagai juadah yang enak. Berdasarkan maklumbalas dari pengunjung yang lepas, Hotel De Palma Shah Alam masih mengekalkan konsep kampung ke dalam buffet ramadhan 2015 De Palma Shah Alam pada tahun ini.

Dengan tema “Sajian Dapur Bonda”, barisan chef berpengalaman menjanjikan kelainan dan keistimewaan dalam setiap resepi dan juadah yang dihidangkan.

Lebih 100 juadah berbuka puasa ditawarkan kepada pengunjung di buffet ramadhan Hotel De Palma Shah Alam antaranya Tumis Belacan Siew Pak Choy & Udang Kering, Labu Kuning Masak Lemak, Ikan Sambal & Tauhu Dengan Tempe, Sotong Katak Masak Sambal Dengan Belimbing, Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak, Hati Ayam Masak Kicap & Lada Hitam, Daging Rendang Tetel Pedas dan macam-macam lagi yang ada!

Ulam

Ulam

Tumis Belacan Siew Pak Choy & Udang Kering

Tumis Belacan Siew Pak Choy & Udang Kering

Sup meletup

Sup meletup

Sotong katak masak sambal dengan belimbing

Sotong katak masak sambal dengan belimbing

Nasi dhall

Nasi dhall

Labu kuning masak lemak

Labu kuning masak lemak

Kambing bakar

Kambing bakar

De Palma Hotel masih lagi mengekalkan konsep ala gerai dengan menu nasi ayam, roti john, kambing bakar dan lain-lain lagi! Malah lauk pengantin pun ada juga dihidangkan sebagai makanan berbuka puasa.

Dalam kesibukan kita mencari dan memilih juadah berbuka puasa yang ada di buffet ramadhan 2015 Hotel De Palma Shah Alam sebelum berbuka puasa, bacaan tahlil ringkas diadakan dari adik-adik dari maahad tahfiz berdekatan.

Selain dari itu juga, ketika pengunjung sedang menjamu selera, forum selebriti dengan perbincangan ilmu agama bersama panel jemputan seperti Ustaz Jafri Abu Bakar, Ustaz Ghazali Omar, Ustaz Ibnu Hubain Abdul Aziz, Ustaz Hafiz Abu bakar serta disertai oleh kumpulan nasyid Saff-One.

Bacaan tahlil ringkas @Buffet Ramadhan De Palma Hotel

Bacaan tahlil ringkas @Buffet Ramadhan De Palma Hotel

Kumpulan nasyid Saff-One juga menghiburkan para pengunjung yang datang sambil menikmati juadah berbuka puasa dengan koleksi lagu-lagu nasyid dari mereka.

Selepas menikmati juadah berbuka puasa, para pengunjung boleh singgah di surau yang disediakan. Pihak Hotel De Palma Shah Alam turut menyediakan kemudahan surau untuk pengunjung menunaikan solat maghrib atau bertarawih sebelum pulang ke rumah. Jika nak sambung makan lagi pun boleh selepas solat.

Harga macam mana pula? Bagi anda yang ingin membawa rakan-rakan atau keluarga berbuka puasa di Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam, tempahan bermula dengan harga hanya RM68 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak.

Berita baik untuk semua pembaca blog www.MySelera.com. Anda boleh dapatkan diskaun sebanyak 10% dengan hanya menyatakan nama blog ini jika anda ke Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam. Syaratnya kena buat tempahan dulu ya sebelum datang. (Diskaun istimewa ini hanya sah di De Palma Shah Alam, dan tidak di De Palma Ampang & Kuala Selangor)

Berita baik!! Giveaway kembali!

Anda ingin berbuka puasa di Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam bersama yang tersayang? Kami ingin memberikan 1 pasang baucer buffet ramadhan bernilai RM136++ di De Palma Hotel Shah Alam pada anda.

Caranya?
Kongsikan artikal ini di Facebook anda, kemudian komen dibawah menandakan anda sudah berkongsi bersama rakan facebook anda.!  (Pastikan post anda di set kepada Public)

Giveaway bermula 23 Jun 2015 – 4 Julai 2015

Pemenang akan dihubungi melalui Facebook!

De Palma Hotel Shah Alam
Jalan Nelayan 19/15, Seksyen 19, P.O. Box 7511, 40718 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel : 03-5542 8080 (Ext : 519)

Website: www.depalma-hotel.com/Shah_Alam/home

The post Buffet Ramadhan Hotel De Palma Shah Alam. Siap Ada Forum Selebriti appeared first on MySelera.com.


‘Selera Desa’ Ramadan Buffet 2015 Ancasa Hotel & Spa

$
0
0

Saffron Brasserie @ Ancasa Hotel & Spa adalah tempat yang sesuai untuk berbuka puasa bersama keluarga, di mana Ramadan kali ini mereka menyediakan pelbagai hidangan tradisional Melayu dimasak mengikut resepi turun temurun oleh chef terhandal mereka.

DSC_0499 DSC_0501 DSC_0504 DSC_0518 DSC_0520Sambal Udang PetaiDSC_0526DSC_0527Asam PedasDSC_0529MeatballDSC_0530SatayDSC_0537‘Selera Desa’ Ramadan Buffet kali ini mempunyai lebih daripada 120 hidangan termasuk gerai-gerai yang menawarkan makanan tradisional kegemaran seperti Cucur Udang, Apam Balik, Nasi Kerabu dan Satay.

Kambing Golek & Nasi Arab DSC_0538

Turut disediakan Rendang Itik & Rendang Burung Puyuh untukdimakan bersama Nasi Briyani. Menu yang tidak boleh dilepaskan adalah gerai Ikan Bakar, di mana pelbagai makanan laaut dan daging bakar dihidangkan dengan pelbagai sos.

Persembahan muzik Ghazal juga menambahkan lagi suasana nostalgia berbuka puasa di kampung bersama keluarga dan rakan-rakan.DSC_0491

‘Selera Desa’ Ramadan Buffet dihidangkan setiap hari dari 22 Jun to 16 Julai 2015 6.30 petang sehingga jam 10.00 Malam. Dengan harga termasuk GST hanya RM65.00 nett (Dewasa) & RM45.00 nett (Kanak-kanak).

Aneka Buah-BuahanDSC_0493

Terletak berdekatan dengan Pudu Sentral / UTC, Saffron Brasserie @ Ancasa Hotel & Spa ini senang untuk dikunjungi dengan pengangkutan awam seperti Bas, LRT Plaza Rakyat dan teksi.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi: 03-20266060 ext. 7901 / 7902.

 

Ada sijil halal ke hotel ni? Jangan risau, Saffron Brasserie @ Ancasa Hotel & Spa ini mempunyai sijil Halal dengan no siri JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/ 2 024-01/2009 sah sehingga 15//2015

Carian kedai makan sedap:

  • ancasa hotel pudu buffet ramadhan
  • ancasa hotel port dickson buffet ramadhan
  • buffet ramadhan ancasa hotel
  • buka puasa di ancasa hotel
  • buka puasa ramadhan sedap 2015
  • tempat berbuka puasa sungai buloh

The post ‘Selera Desa’ Ramadan Buffet 2015 Ancasa Hotel & Spa appeared first on MySelera.com.

Buffet Ramadhan 2015 D’Best Cafe Shah Alam. Kambing Panggang Sedap!

$
0
0

Buffet Ramadhan 2015 berkonsepkan santai adalah keunikan yang ditawarkan oleh D’Best Cafe bertempat di Anggerik Mall, Shah Alam sempena Ramadhan tahun ini. Tahun ini adalah tahun yang keempat D’Best Cafe menganjurkan pakej buffet ramadhan 2015 murah.

Tema yang disediakan D’Best Cafe sangat santai. Sambil menunggu waktu berbuka puasa, pengunjung boleh bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan di ruang yang disediakan.

Sungguh “relax”!

Buffet ramadhan kali ini, D’Best Cafe Shah Alam menyajikan aneka juadah dan lauk pauk kampung dengan pelbagai makanan enak. Bermacam pilihan yang boleh dipilih untuk pembuka selera.

Antara menu yang disediakan untuk penggemar buffet ramadhan adalah seperti Daging Balado Munang, Ayam Masak Merah, Ikan Sambal Hijau, Sambal Masak Ikan Sembilang, Kambing Panggang dan lain-lain lagi.

Hidangan yang sudah tentunya menjadi tumpuan utama pengunjung adalah Kambing Panggang. Lebih 3 ekor kambing berkualiti tinggi di panggang untuk dijamu kepada para pengunjung buffet ramadhan D’Best Cafe. Dagingnya yang begitu fresh, lembut dan panas-panas, tidak hairanlah ramai yang sanggup beratur panjang untuk mencuba sendiri keenakan rasa kambing panggang.

Kami kongsikan kemeriahan buffet ramadhan D’Best Cafe untuk tatapan anda disini.

Buffet Ramadhan 2015 D Best Cafe  Anggerik Mall

Buffet Ramadhan 2015 D Best Cafe  Anggerik Mall

Selain meriah dengan kunjungan para pengunjung, lauk yang enak juga menjadi faktor utama buffet ramadhan D’Best cafe ini menjadi pilihan terutamanya penduduk di sekitar bandaraya Shah Alam.

Buffet Ramadhan 2015 D Best Cafe  Anggerik Mall

Buffet Ramadhan 2015 D Best Cafe  Anggerik Mall

Buffet Ramadhan 2015 D Best Cafe  Anggerik Mall

Buffet Ramadhan 2015 D Best Cafe  Anggerik Mall

Buffet Ramadhan 2015 D Best Cafe  Anggerik Mall

Buffet Ramadhan 2015 D Best Cafe  Anggerik Mall

Buffet Ramadhan 2015 D Best Cafe  Anggerik Mall

Buffet Ramadhan 2015 D Best Cafe  Anggerik Mall

 

Harga Buffet Ramadhan D’Best Cafe Anggerik Mall Shah Alam

Harga Dewasa : RM38 / person
Harga Kanak kanak dari 6 hingga 10 tahun : RM19 / person
Tarikh Buffet Ramadhan : 18 June – 16 July 2015

D’Kampung Cafe, Anggerik Mall, Shah Alam
Jln 14/8, Seksyen 14,
40000, Bandaraya Shah Alam,
Selangor.

Untuk tempahan sila hubungi : 019 2404077, 011 33448630, 011 23655974

Carian kedai makan sedap:

  • buffet ttdi shah alam
  • kambing golek selangor ramadhan 2015

The post Buffet Ramadhan 2015 D’Best Cafe Shah Alam. Kambing Panggang Sedap! appeared first on MySelera.com.

Buffet Ramadhan di Kelantan Delights @ Citta Mall. Oh! Nasi Kerabu

$
0
0

Nasi kerabu memang digemari ramai terutamanya orang pantai timur. Di sini kami bukannya nak berkongsi resepi membuat nasi kerabu tetapi ingin berkongsi di mana nak cari nasi kerabu yang sedap terutamanya di bulan puasa ni.

Jika rindu ingin berbuka puasa dengan nasi kerabu biru berlaukkan ayam percik ataupun daging bakar, kami cadangkan supaya anda ke Kelantan Delights. Restoran ini mempunyai 3 cawangan setakat ini. Subang Jaya, KL Sentral dan yang terkini di Citta Mall (Menghala ke Subang Airport). Mereka pernah beroperasi di Suria Mall KLCC sehingga tahun 2007, jadi berbanggalah sekejap ada restoran yang menyajikan masakan Melayu di KLCC.

Memang rambang mata bila datang ke buffet Kelantan Delights dekat Citta Mall ni.

Tak tahu nak mula macam mana?

Jangan risau, ikut sahaja tips serta langkah-langkah cara makan buffet ramadhan yang betul di sini.

  1. Buat tempahan awal. Nombor untuk dihubungi ada tertera di bawah artikel.
  2. Datang seawal jam 6.30 pm. Mula mengambil makanan pada jam 6.45 pm. Masuk sahaja jam 7.00pm memang manusia sudah berpusu-pusu di sini.

    Suasana selesa di Kelantan Delights @ Citta Mall

    Suasana selesa di Kelantan Delights @ Citta Mall

  3. Mulakan dengan dessert dan kuih muih. Memang banyak jenis kuih yang ada, sebut saja nak apa. Sira pisang, kuih lapis, sago gula melaka, tepung pelita, jala mas, talam keladi. Menariknya sebahagian besar kuih-muih dihidang dalam sudu kecil.Konsep yang menarik untuk mengelakkan pembaziran!

    Pelbagai pilihan kuih tradisi

    Pelbagai pilihan kuih tradisi

  4. Seterusnya ambil pembuka selera. Kerabu mangga muda, kerabu ikan bilis, kerabu jantung pisang
    Kerabu Mangga
  5. Sekarang baru boleh mula ambil sajian utama atau signature dish di sini. Nasi Kerabu boleh dimakan bersama-sama ayam percik + daging bakar + ayam goreng berempah. Jadi sila mula penuhkan pinggan anda! Ayam perciknya berkuah pekat lagi sedap. Ulam dan sambal kelapa melahirkan rasa lemak. Kemudian disambung dengan keropok ikan yang rangup. Anda boleh bayangkan tak semua rasa ini ada serentak dalam mulut kami.

    Ayam goreng rempah dia memang marvelous! marvelous! marvelous!

    Nasi Dagang pula dimakan bersama gulai ikan tongkol atau daging gulai kawah yang meletop-letop panasnya!.

    Nasi Kerabu @Kelantan Delights

    Nasi Kerabu @Kelantan Delights. Kredit gambar Jamar Bahar


    Daging Bakar Nasi Kerabu

  6. Air teh tarik sila ambil 3x sebab sedap.
  7. Jangan tamak. Hidangan yang lain boleh diambil lepas selesai yang ini. Banyak lagi menanti anda. Nasi putih + Nasi Beriani + Ayam goreng berempah + Gulai ikan patin masak lemak + Daging masak hitam + Pari asam pedas + Siput sedut masak lemak…ye betul, siput sedut masak lemak.

    Sila lap air liur anda!

    Tak cukup?masak lemak siput sedut

    Ada lagi…..Di bahagian luar juga disediakan live station : Kerang bakar + Ikan Bakar : keli, pari, kembong + Char Kuey Teow + Laksam +  Keropok lekor + Cucur udang

    kerang bakar

 

Pekerja-pekerja di sini juga sangat efektif serta mesra. Memang laju membantu anda mengangkat pinggan-pinggan kosong seperti di hotel 5 bintang. Oh ya, surau disediakan oleh pihak Citta Mall di tingkat 1.

Jadi selamat menjamu selera dan jangan membazir!

Kredit gambar : Facebook KD

Kredit gambar : Facebook KD

Inilah wajah Chef Muslim, head chef di KD Groups.  Bukan calang-calang orang. Pemenang anugerah berprestij MIGF (Malaysian Gourmet Festival). Terima kasih kepada Kelantan Delights terutama sekali Chef Mus kerana telah menjemput kami untuk berbuka puasa menu istimewa di Kelantan Delights Citta Mall.

Memang berbaloi berbuka puasa di Kelantan Delights. Untuk hampir 80 menu pilihan tadi harga yang ditawarkan hanyalah RM77 nett(Dewasa) dan RM38 nett(kanak-kanak)


Untuk tempahan sila telefon/SMS/Whatsapp
03-7831 6152 or 010-7984 616
013-2177 001, 019-6716 135, 013-6337 449.

The post Buffet Ramadhan di Kelantan Delights @ Citta Mall. Oh! Nasi Kerabu appeared first on MySelera.com.

Rail Canteen Sunway Nexis dari Kluang Johor ke Kuala Lumpur

$
0
0

Sudah sebulan setengah kita berpuasa. Nak masak pula tiada masa. Nak berbuka di mana pun tiada idea. Apa kata cuba ke Rail Canteen di Sunway Nexis, Kota Damansara? Salah satu lokasi yang sesuai untuk anda berbuka puasa bersama rakan mahupun keluarga.

Berbuka Puasa di Rail Canteen - 1

Rail Canteen Cawangan Kluang Rail Coffee

Berkonsepkan Heritage, dimana resepi yang dihidangkan disini merupakan resepi warisan turun temurun dari 3 generasi yang bermula sejak dari 75 tahun lalu di Kluang Rail Coffee, Stesen Keretapi Kluang. Rail Canteen merupakan jenama yang diusahakan oleh generasi ke 4 mereka.

Rail Canteen menyediakan ruang makan yang minimalis tetapi tetap menarik.  Boleh dibuat tempat untuk bersantai bersama keluarga kerana di bahagian atas terdapat ruang untuk diadakan jamuan atau party yang boleh memuatkan 35 orang pada satu masa.

Konsep open kitchen juga menarik perhatian kerana kita boleh melihat sendiri cara mereka menyediakan makanan untuk kita.

Bagi anda yang kurang gemarkan buffet ramadhan kerana terlalu banyak makanan hingga tidak tahu mana satu yang hendak dipilih, boleh lah singgah ke Rail Canteen ini untuk order menu yang hanya anda berkenan.

Sempena Ramadhan 2015 ini, Rail Canteen memperkenalkan menu baru mereka iaitu Ramadhan Set yang terdiri daripada Nasi Lemak Goreng Ayam Rendang dan Briyani Ayam Masak Merah.

Set Ramadhan Rail Canteen

1. Nasi Lemak Goreng Ayam Goreng | Harga : RM19.90 nett

Berbuka Puasa di Rail Canteen Nasi Lemak - 3

Nasi lemak yang digoreng, dihidang bersama-sama dengan ayam rendang. Set ini termasuk Sirap Limau Selasih, Buah Kurma dan Pudding sebagai pelengkap selera berbuka puasa. Harga yang sangat berpatutan, berbaloi dengan saiz ayamnya agak besar membuatkan set ini saja sudah cukup untuk anda.

2. Briyani Ayam Masak Merah | Harga : RM19.90 nett

Berbuka Puasa di Rail Canteen Briyani Ayam Masak Merah - 4

Set ini juga dihidangkan bersama Sirap Limau Selasih, Buah Kurma dan Puding.

Jika mahukan makanan ringan untuk berbuka puasa, anda boleh cuba Roti Bakar atau Bun Sambal sebelum menjamu selera dengan makanan yang lebih berat.

3. Roti Bakar | Harga :  RM3.50

Berbuka Puasa di Rail Canteen Roti Bakar - 3

Sedapnya roti bakar ni bukan main lagi kerana ia menggunakan resepi kaya turun temurun dan dibawa segar dari Kluang, Johor. Jadi jika ingin makan roti bakar yang popular di Kluang tu anda hanya perlu datang ke sini!

4. Bun Sambal | Harga : RM 4.50

Berbuka Puasa di Rail Canteen Ban Sambal - 5

Pedas tetapi sedap. Sambal ikan bilis special yang digunakan membuatkan Bun ini mempunyai peminatnya tersendiri.  Roti lembut yang diisi dengan telur rebus, hirisan timun batang, dan sambal special. Pasti tidak cukup dengan satu bun saja.

Untuk makanan berat pula, selain Nasi Lemak, Bihun Goreng Siam, Mee Kari dan Mee Rebus juga disediakan di Rail Canteen. Kesemua menu ini boleh dimakan dengan sambal. Pilih saja sambal kegemaran anda.

5. Nasi Lemak Ayam Berempah | Harga : RM12.50

Berbuka Puasa di Rail Canteen Nasi Lemak Ayam Berempah- 7

Portion yang agak besar. Mempunyai 5 pilihan sambal yang boleh dipilih untuk dimakan bersama nasik lemak ini. Antaranya Sambal Udang, Sambal Ikan Bilis, Sambal Kerang, Sambal Bawang dan Sambal Sotong. Sambal yang dihidangkan memang menaikkan selera makan hingga ramai yang datang ke sini semata-mata untuk makan sambal mereka.

6. Nasi Lemak Rendang Kambing | Harga : RM14.90

Berbuka Puasa di Rail Canteen Nasi Lemak Rendang Kambing - 8

7. Mee Hoon Siam Biasa (RM6.50) & Mee Hoon Siam Ayam Rendang  (rm12.50)

Berbuka Puasa di Rail Canteen Mee Hoon Siam Ayam Rendang

8. Mee Kari | Harga : RM11.50

Berbuka Puasa di Rail Canteen Mee Kari

9. Mee Rebus | Harga : RM11.50

Berbuka Puasa di Rail Canteen Mee Rebus

Untuk dessert pula, antara yang menarik disini adalah 3-Layer Ice Cream dan Kopi Cendol Ais. Untuk bukan penggemar kopi, anda kena cuba juga kerana kopinya diperbuat daripada kopi tempatan. Rasanya lain macam. Sedap!

3-Layer Ice Cream berharga RM9.80 & Kopi Cendol Ais berharga RM4.90.

Berbuka Puasa di Rail Canteen Layer Aiskrim dan Kopi Cendol

3-Layer Ice Cream kombinasi vanila, coklat dan kopi sememangnya perisa kegemaran orang ramai. Apabila digabungkan, rasanya memang, fuhhh!

Manakala Kopi Cendol Ais memang cukup rasa, cukup lemak. Selain kopi, anda juga boleh pilih Teh Cendol Ais sebagai pengganti kopi.

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • Kluang steamboat kat mana

The post Rail Canteen Sunway Nexis dari Kluang Johor ke Kuala Lumpur appeared first on MySelera.com.

Makanan Mediterranean & Italian Di Restoran Papero Shah Alam

$
0
0

Inginkan kelainan untuk berbuka puasa. Jika ya, Restoran Papero bertempat di Seksyen 13 Shah Alam mengalu-alukan kehadiran anda.

Terletak di lokasi ‘hot’ yang meriah dengan syurga makanan, ia sekali gus memberikan pilihan kepada warga shah alam untuk menikmati pelbagai pilihan citarasa samaada makanan Malaysia atau negara luar.

Restoran Papero Shah Alam

Restoran Papero Saji Makanan Kombinasi Mediterranean & Italian

Penggemar makanan Timur Tengah sudah pasti tercari-cari dimanakah restoran yang boleh melayan kehendak tekak mereka, sudah pastinya restoran papero menjadi pilihan kami kali ini untuk tatapan anda.

Restoran Papero ini telah dibuka secara rasmi di Jalan Endah Promenade, Sri Petaling Kuala Lumpur yang dikendalikan operasinya oleh  Orient Dam Sdn Bhd.

Dimiliki oleh 3 orang usahawan yang terdiri dari seorang Melayu Islam iaitu Sheik Ahmad Fakhruddin dan seorang lagi Arab Syria Islam. Ketiga-tiga rakan niaga ini bergabung bagi membangunkan Restoran Papero.

Kewujudan restoran makanan arab papero ini untuk menawarkan masakan segera yang segar dengan menumpukan beberapa menu utama seperti pizza/sandwish dan shawarma.

Ketiga-tiga menu utama ini lebih berkonsepkan masakan Mediterranean & Italian food. Selaras dengan tema ‘Sedap…murah…best….’.

Set Bulan Ramadhan Restoran Papero Shah Alam

Ada beberrapa set tajian untuk bulan ramadhan iaitu set untuk 2 orang, 4 orang dan juga 6 orang. Kami mencuba set untuk 5 orang dan memilih hidangan yang special!

1- Roti Fatayer

Kalau datang makan makanan arab, wajib la makan Roti Fatayer. Roti Fatayer disini sangat lembut. Roti Fatayer terkenal di Syria dan mempunyai lebih dari 30 jenis inti. Tetapi disini kami cuba inti cheese. Memang tak cukup 1. Sedap!

Dicicah pula dengan mushroom soup. Wallaweh.

Roti Fatayer Restoran Papero Shah Alam - 007

2. Havana Pizza

Havana Pizza, memang sedap kerana mempunyai roti yang sangat lembut dan kekal lembut walaupun sudah sejuk. Mempunyai topping yang dipanggil Ajin dalam Arab iaitu hirisan daging, cili banggala hijau, tomato dan lain-lain.

Havana Pizza Restoran Papero Shah Alam

3- Shawarma Chicken Meal 

Shawarma Meal Chicken, ia merupakan gulungan roti kebab dan mempunyai hirisan ayam dibahagian atas. Dimakan bersama timun, lobak merah, kobis ungu dan juga hirisan jeruk lobak putih.

Rasa sedikit masam. Memang betul citarasa orang arab.

Shawarma Meal Restoran Papero Shah Alam - 005

4- Shawarma Chicken Rice

Sedikit berbeza dengan Shawarma Meal kerana ini adalah nasi. Bagi yang memang tak boleh tak makan nasi, boleh cuba ini.

Rasanya? Nasi memang enak apabila dimakan dengan hirisan ayam shawarma ini. Lebih kenyang!

Shawarma Rice Restoran Papero Shah Alam - 004

5 – Mexican Rice

Hidangan nasi bersama topping hirisan ayam, bawang dan juga lada banggala hijau. Lebih unik dan agak berbeza rasa dengan Shawarma Chicken Rice kerana nasinya lebih berperisa berbanding nasi Shawarma.

Mexcian Rice Chicken Restoran Papero Shah Alam - 003

6- Grill Chicken

Kalau nak western, ini ada Grill Chicken. Isian ayam bersama french fries, tomato, bawang dan lada banggala hijau yang dibakar.

Isian ayam bakar bersama cheese di bahagian tengah!

Agak kering, lagi sedap kalau ada sos cili. Tapi orang arab mana makan sos cili kan? hehe

Grill Chicken Restoran Papero Shah Alam - 002

7- Rice Pizza

Ini menu tambahan. Sebelum balik kami dijamu dengan Rice Pizza atau nama melayunya Pizza Nasi dicicah bersama sos special dari tomato.

Roti dia memang lembut!

Rice Pizza Restoran Papero Shah Alam - 001

Boleh dikatakan puas hati makan di Restoran Papero ini.

Makanan di Restoran Papero adalah 100% bersih dan halal. Sudah tentu memastikan keutamaan kepada penyediaan barangan halal dan kebersihan makanan adalah perkara wajib selari dengan kehendak syariat Islam.

Selain dari itu, sekiranya anda sibuk dengan urusan luar, tak perlu risau kerana restoran papero ini turut menyediakan perkhidmatan delivery ke kawasan sekitar shah alam. Menarik kan.

Sekiranya anda bercadang untuk mengadakan sebarang majlis seperti hari jadi, majlis iftar ramadhan, rumah terbuka hari raya, kenduri dan lain-lain, anda juga boleh meraikan di restoran ini.

Anda peminat coklat?

Menurut Pengarah Urusannya Sheik Ahmad Fakhruddin, selepas setahun penubuhan Restoran Papero, pihaknya mengorak langkah membuka satu lagi jenama sendiri iaitu La Fontana Chocolate & Cafe bersebelahan dengan Restoran Papero.

Apa yang menarik, semua makanan dan minuman berasaskan Coklat. Kami pasti kebanyakan dari pembaca blog MySelera sendiri menggemari aneka coklat. Tak rugi mencubanya.

Cawangan Restoran Papero 

Seksyen 13 Shah Alam. 
Sri Acappella, 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Bulan Ramadhan : 5.30pm – 12.00am
Selepas raya : 2pm – 12am.
Tutup Hari Raya Puasa selama 5hari raya kecuali ada tempahan.
Sri Petaling Kuala Lumpur
Bulan Ramadhan : 5.30pm – 4am
Selepas raya : 2pm – 2am
Tutup Hari Raya Puasa pada Hari Raya Pertama sahaja.
Sebarang perubahan akan di maklumkan dari semasa ke semasa.

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • steak sedap cheras

The post Makanan Mediterranean & Italian Di Restoran Papero Shah Alam appeared first on MySelera.com.

Viewing all 251 articles
Browse latest View live