Quantcast
Channel: MySelera.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Jom ‘mengopi’ di Dc Comics Superheroes Cafe Sunway Putra Mall.

$
0
0

 

Pasti ramai peminat Superheroes dari kanak-kanak hingga ke dewasa. Masa zaman kanak-kanak ada yang berimaginas menjadi Superman, terbang di awan biru. Ada yang hendak menjadi Batman, berdiri gagah bersama ‘suit’ hitamnya. Tidak kurang juga, ada yang bercita-cita untuk duduk semeja, sambil menghirup kopi bersama Superheros mereka!

Kini, peminat Superheros boleh menghirup kopi yang dikisar segar bertemakan watak-watak Superheros kegemaran mereka. Dc Comics Superheroes Cafe telah dibuka sejak tahun lepas di Sunway Putra Mall, menawarkan aneka makanan seperti scones, waffle, burger dan minuman yang didekorasi bertemakan Superheros.

Menarik bukan?

Dc Comics Superheroes Cafe ini mempunyai ruang makan di bahagian dalam ‘mall‘ dan juga ruang makan di bahagian luar. Tempat makan yang disediakan tidaklah terlalu banyak dan agak padat dengan pengunjung semasa waktu makan tengah hari. Jadi, datanglah seawal pagi untuk menghirup secawan kopi.

Dc Comics Superheroes Cafe

Kami sempat singgah sebentar di Dc Comics Superheroes Cafe ini merasai rasa sebenar kopi Cappucino panas bertemakan watak Superman. Pada awalnya, pada sangkaan aku, lambang Superman dicorak menggunakan gerak tangan adalah salah. Logo tersebut dibuat dengan menggunakan sekeping kertas yang sudah di’lubang’kan dengan lambang tersebut dan ditabur serbuk kopi di atasnya untuk membentuk corak tersebut. Hasilnya, tetap kreatif! RM11.00 untuk secawan Cappucino ini!

Dc Comics Superheroes Cafe

Antara variasi makanan yang ditawarkan di sini, Burger Batman vs Hawkman ini berjaya menarik perhatian. Roti burger berwarna hitam arang dan di tengah-tengahnya adalah turkey roll & telur, didatangkan bersama kentang goreng. Harga untuk set ini adalah RM13.50.

dc-cafe3

Keunikan menu-menu di sini pasti menjadi subjek utama untuk  aktivit ambil gambar dan upload ke akan Media Sosial. Sebelum hirupan pertama, shoot&upload akan menjadi keutamaan majoriti pelanggan di Dc Comics Superheroes Cafe Sunway Mall ini.

Dc Comics Superheros Cafe

Cafe sebegini pastinya menarik perhatian anak-anak. Jadi, jangan lupa berkunjung ke sini untuk sesi lepak santai bersama keluarga di hari minggu anda.

Lokasi Dc Comics Superheroes Cafe:

Sunway Putra Mall, Unit 2-29, Second Floor.

The post Jom ‘mengopi’ di Dc Comics Superheroes Cafe Sunway Putra Mall. appeared first on MySelera.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 251