Geno Hotel adalah hotel bertaraf 4 bintang yang terbaru di Shah Alam/Subang dan mula beroperasi sejak awal Jun 2016. Sempena bulan Ramadhan ini, Geno Hotel ada menawarkan sajian berbuka puasa berkonsepkan BUFET SELERA KAMPUNG, hasil air tangan Chef Jamal Azizi.
Menu utama terdiri daripada masakan Melayu ala kampung (setiap hari), masakan Cina dan masakan Barat. Beberapa ‘food station’ disusun rapi di beberapa sudut ruang makan dan memudahkan pelanggan mendapatkan makanan.
Kambing Panggang bersama sos pudina, sos rosemary dan mustard. Antara hidangan yang mendapat perhatian pelanggan. 15 minit sebelum berbuka, kebiasaannya pelanggan perlu beratur panjang untuk mendapatkan hidangan ini.
‘Food Station’ yang utama menempatkan hidangan masakan kampung. Mula dibuka pada jam 7 petang. Walaupun agak lewat dari kebiasaan, tetapi pelanggan mempunyai pelbagai pilihan ‘food station’ tanpa perlu bersesak-sesak di satu-satu tempat sahaja.
Masakan Kampung (Daily)
Rendang ayam, daging masak lemak cili padi, ayam masak merah, ikan pari asam pedas, ikan keli goreng berlada, tempe goreng bercili, ayam percik, kari ikan dengan bendi, pajeri nenas nasi tomato, nasi briyani, nasi putih
Aneka Satay
Ayam dan daging bersama kuah kacang, timun, bawang dan nasi impit
Rojak Buah Buahan
Mangga Muda,Betik Muda, Jambu Air,Jambu Batu,Sengkuang,Timun Bersama Kuah Rojak, Kacang Tumbuk dan Biji Bijian
Pencuci Mulut
Buah Kurma Kuih seri muka, kuih lapis, kuih ketayap, kuih lopes, bingka ubi, buah melaka, cucur badak, sago gula melaka, agar agar, krim karamel, chocolate mousse, panna cotta in glass, mini red velvet cake, mini chocolate cake
Selain daripada ruang makan yang luas dan selesa, parking untuk pelanggan bufet Ramadhan juga disediakan. Surau turut disediakan di Tingkat 4. Krew juga sangat mesra pelanggan.
Harga Bufet Selera Kampung Geno Hotel
RM80.00/nett untuk Dewasa.
RM40.00/nett untuk Kanak-kanak bawah 12tahun.
Untuk makluman, bufet Selera Kampung Geno Hotel akan diadakan sehingga 30 Jun 2016 sahaja. Jadi, segera hubungi Rosihan +6012 5033 564 atau Sheila +6012 5033 807 untuk tempahan.
Alamat GENO HOTEL:
Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas
47600 Subang Jaya, Selangor
Malaysia.
Email: info@genohotel.com
Facebook : Geno Hotel
Phone: +603 5033 6666
Fax: +603 5033 6677
The post Bufet Selera Kampung di Geno Hotel Shah Alam. Rasa Asli dari Kampung! appeared first on MySelera.com.