Quantcast
Channel: MySelera.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Pasta Express Putra Perdana. Pelbagai ‘western food’ sedap!

$
0
0

Pasta Express Putra Perdana. Pelbagai ‘western food’ sedap!

Bosan makan nasi hari-hari? Antara pilihan lain yang ada, semestinya Western Food . Namun, untuk mencari restoran yang menawarkan kepelbagaian Western Food dengan kualiti rasa yang terbaik tetapi dengan harga yang berpatutan, agak sukar.

Pasta Express Putra Perdana ada apa yang anda cari!

Pasta Express Putra Perdana terletak di Taman Putra Perdana, lokasi yang strategik dengan kepadatan penduduk golongan pertengahan. Boleh dikatakan, harga menu western food murah dan mampu makan untuk semua.

tempat makan sedap di Puchong

Pasta Express Putra Perdana

Pertama kali masuk ke Pasta Express Putra Perdana, terpacul rasa ‘Wow!’ dengan dekorasi dalaman yang diilhamkan oleh pemilik restoran ini sendiri, En.Abdul Aziz. Ala-ala stail Inggeris, dilengkapi dengan kerusi meja berwarna putih, kaunter bar minuman dan dinding dihiasi dengan menu-menu Pasta Express berlatar belakangkan mural anak beliau. Sangat menarik perhatian pengunjung ke sini.

menu western food murah

Menu di Pasta Express Putra Perdana

Menu di Pasta Express adalah 100% berasaskan masakan barat. Tiada masakan tempatan atau lain-lain. Selain menu pasta, juga ada Grilled Chicken Chop, Steak, Fish&Chips, kek&asikrim untuk pencuci mulut dan kopi kisar.

Dibuka dari jam 5 petang hingga jam 10 malam, kebanyakan pengunjung adalah penduduk tempatan dan luar kawasan. Biasanya, waktu puncak adalah sekitar jam 8 malam.

western food sedap

Bruchetta with Bolognese&Cheese

menu pembuka selera

Mushroom Soup

Sebelum tiba ‘Main Course‘, kami dihidangkan dengan Bruchetta with Bolognese&Cheese dan juga Mushroom Soup. Kami puji dengan kerangupan Bruchetta di sini, roti yang tidak terlalu keras dengan rasa bolognese yang ‘ngam’!

Servis di sini memang cepat. Tak sampai 15 minit selepas pesanan diambil, menu-menu pilihan kami sudah siap dihidang di atas meja. ‘1st Impression‘ pada menu-menu di sini, portion besar dengan ‘food presentation‘ yang sedap mata memandang. Bagus.

lamb chop, western food murah

Lamb Chop

GRrilled Chicken Chop murah dan sedap

Grilled Chicken Chop

Grilled Lamb Chop (RM21.90) dengan sos blackpepper. Didatangkan bersama rebusan sayuran segar dan juga homemade mashed potato. Daging kambing lembut yang dipanggang sempurna dengan kombinasi sos yang cukup rasa, memang sedap dan menyelerakan. Menu yang patut dimasukkan dalam senarai anda apabila berkunjung ke Pasta Express Putra Perdana.

Grilled Chicken Chop (RM16.90) dengan sos blackpepper. Juga didatangkan bersama sayuran segar dan homemade mashed potato.

Spaghetti Chicken Aglio Olio

Chicken Aglio Olio

Datang ke Pasta Express Putra Perdana ini, tidak sah kalau tak pesan pasta kan. Pilihan pasta kami kali ini ialah Chicken Aglio Olio (RM17.90). Portion memang banyak. Cukup untuk dua orang makan yang mempunyai selera makan yang tidak besar. Hirisan ayam sangat banyak dengan rasa ‘chili flake’ yang cukup pedasnya. Ini antara Aglio Olio terbaik yang pernah kami makan. *thumbsup!

Burpp alhamdulillah..

Perut pun dah kenyang, hati pun dah senang. Pengunjung juga boleh memesan kopi kisar untuk diminum sambil berborak santai selepas makan. Kali ni, Hot Cappucino menjadi pilihan.

hot cappucino

Oh ye, di Pasta Express Putra Perdana ni juga disediakan kerusi&meja makan untuk anak-anak. Jadi, ibu bapa tidak perlu risau tentang anak-anak tidak selesa berada di meja makan orang dewasa. Dan pastinya, anak-anak akan lebih selesa di meja makan yang ceria, disediakan khas untuk mereka!

Facebook Pasta Express Putra Perdana

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • makanan western murah dan sedap di selangor
  • makanan buffet di Puchong
  • makan sedap di Putra Perdana
  • Pasta Express halal
  • tempat makan petang di selangor
  • restoran untuk keluarga selangor
  • gerai makan yg paling selangor
  • restoran sedap di selangor
  • restoran sedap dan murah di selangor
  • restoran yg ada di slangor
  • senarai menu makanan yg sedap
  • tempat makan di Putra Perdana
  • Tempat makan menarik Kuala Lumpur dan Selangor
  • tempat makan sedap baru di kuala lumpur dan selangor
  • tempat makan sedap best di Puchong
  • tempat makan utk keluarga di selangor
  • tempat makan western sedap
  • tempat makanan western food yang sedap di Puchong
  • restoran paling sedap di selangor
  • makanan yang sedap di selangor

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • restoran western sedap halal area kl
  • selera makan in sunway pyramid

The post Pasta Express Putra Perdana. Pelbagai ‘western food’ sedap! appeared first on MySelera.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 251