Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Restoran Kacang Pool Haji, Larkin Popular di Johor

Kalau sebut je Kacang Pool Haji, pasti ramai yang kenal kerana Kacang Pool Haji sememangnya kacang pool yang popular di Johor. Tak lengkap kalau pergi Johor Bharu tak merasa Kacang Pool Haji ini.

Pemilik Kacang Pool Haji, Makpol Saimon telah mengusahakan restoran ini sejak 20 tahun yang lepas. Kacang Pool Haji juga pernah membuka cawangan di Damansara, tetapi tidak lama sebelum ditutup dan dikatakan pulang ke Johor.

Mencari kedai makan ini tidak la sesusah mana  kerana terletak di Medan Selera Larkin Bomba.

Kalau di waktu pagi, memang ramai orang tidak seperti di waktu petang. Mungkin rakyat Johor suka bersarapan Kacang Pool di waktu pagi. kan?

Dekat medan selera ni ada gerai lain juga seperti rojak, sate, ABC dan lain lain.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Restoran Kacang Pool Haji Larkin Bomba

Kacang Pool bukan Kuah Kacang

Pertama kali saya makan kacang pool. Tidak pernah makan dan tidak pernah tahu bagaimana texture rasa kacang pool. Yang pasti pada mulanya saya ingatkan ia seperti kuah kacang kerana namanya Kacang Pool! Rupa-rupanya tidak!

Kuah kacang pool sebenarnya dimasak dengan daging cincang untuk memekatkan lagi kuah.Ditambah dengan hirisan bawang, lada bangala, dan limau, sebelum dihidang bersama  telur goreng mata kerbau dan roti istimewa yang tebal!

Harga Kacang Pool Haji RM5.00 satu set. Murah ke mahal? Tak dapat nak dikenal pasti sebab pertama kali makan.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Restoran Kacang Pool Haji Larkin Bomba 2

Pekerja menyerdiakan Kacang Pool untuk pelanggan

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Minum Petang di Restoran Kacang Pool Haji Larkin Bomba

Nikmat minum petang dengan Kacang pool

Kacang Pool Haji Memang Sedap!

Tidak dapat dinafikan sekali makan terus suka dengan Kacang Pool Haji. Kepekatan kuah dan rasa memang unik. Roti walaupun hanya 1 keping diberikan tetapi ia agak tebal. Nampak macam tak kenyang kalau makan roti sekeping. Tapi bila di cicah dengan kuah kacang pool, 1 keping boleh kenyang. Memang lembut roti walaupun tebal!

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Harga Restoran Kacang Pool Haji Larkin Bomba

Secara kesuluruhan Kacang Pool Haji Memang sedap! Yang tak pernah makan memang wajib cuba bila pergi ke JB! Kacang Pool Haji antara kedai makan sedap di Johor Bharu.

Kalau ada perancangan nak singgah makan kacang pool, boleh ke alamat dibawah:

Kacang Pool Haji
No. 3, Medan Selera Larkin Bomba, (Susur 5 Jalan Tun Abdul Razak), 80000 Johor Bahru.

Waktu operasi: 7 pagi – 12 malam

Koordinat : 1.485678, 103.750384

 

Carian kedai makan sedap:

  • kacang pool haji
  • kacang pool
  • kacang pool larkin
  • resepi kacang pool
  • kacang pool johor
  • resepi kacang pool sedap
  • resepi kacang pool haji
  • restoran kacang pool haji
  • kacang pool in johor bahru
  • resepi kacang pool johor
  • kacang pool jb
  • kacang pool haji larkin
  • rupa kacang pool
  • kacang pool wangsa maju
  • kacang pool kl
  • resepi kacang pool larkin
  • kacang pool haji shah alam
  • kacang pool larkin waktu operasi
  • kacang pool resepi
  • kacang pool sedap di johor

The post Restoran Kacang Pool Haji, Larkin Popular di Johor appeared first on MySelera.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Trending Articles