Buffet Ramadhan 2015 Bangi Golf Resort antara resort yang mendapat perhatian untuk berbuka puasa setiap kali Ramadhan. Sehinggakan banyak lauk habis awal pada tahun lepas kerana terlampau ramai orang.
Tapi tahun ini Bangi Golf Resort menyediakan ruang yang lebih besar untuk menampung jumlah penggemar buffet ramadhan disini dengan menyediakan 4 dewan. Buffet ramadhan di Bangi Golf Resort tahun ini bermula pada 21 Jun 2015 – 15 Julai 2015.
Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort
Pelbagai jenis hidangan buffet termasuk masakan Melayu, masakan Barat, dan juga masakan timur yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Beberapa bahagian disajikan menu yang berbeza antaranya bahagian cooking showcase, western appetizer, menu utama dan masakan timur, live station – pemanis mulut dan juga dessert serta kuih muih!
Cooking Showcase
Dibahagian cooking showcase terdapat makanan kegemaran ramai iaitu Kambing Bakar yang merupakan signature dish di Bangi Golf Resort. Bagi penggemar sup kambing mamak, rugi kalau tak cuba sup disini.
Turut terdapat Sate Ayam dan Daging, Kueh Teow Goreng, Mee Goreng, Nasi Goreng dan Hirisan Daging Kambing di bahagian Cooking Showcase.
Western Appetizer
Sebelum mula makan, mulakan dengan appetizer dahulu. Di Bangi Golf Resort, pembuka selera bertemakan hidangan barat. Antaranya Krim Ayam Salai dengan Bawang Focaccia Panggang, Beef Lasagna, Grilled Boneless Chicken with dan Creamy Mushroom Sauce.
Signature dish di sini adalah Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Ada 3 perisa, iaitu original, mushroom dan juga kicap. Tak sempat nak rasa, kejap sahaja dah habis licin! Memang sedap dan memang hot stuff disini.
Menu Utama dan Masakan Timur
Setengah orang, tak lengkap kalau tak makan nasi. Jangan risau, penggemar masakan melayu disini ada beberapa jenis hidangan kegemaran rakyat Malaysia antaranya Ayam Masak Merah (Ros), Daging Black Paper, Butter Prawn, Fillet dan Sos Serai, Sambal Sotong Kembang, dan juga Rendang Daging Taik Minyak.
Dimakan bersama dengan nasi putih, nasi lemak dan nasi goreng cina.
Kalau tak nak makan nasi, mee jawa dan rojak ada tersedia untuk anda.
Turut terhidang lemang dan ketupat untuk dimakan bersama rendang ayam!
Pemanis Mulut – Spanish Churro
Bagi penggemar Spanish Churro bersalut coklat, jangan lepaskan peluang merasainya di bahagian pemanis mulut.
Selain dari itu terdapat banyak dari pemanis mulut barat seperti Italian Tiramisu, Chocolate Eclair, Blueberry Cheese Cake, Red Velvet Cake, Young Coconut Jelly, Creme Caramel, Mix Berry Panna Cotta dan Infused Tea Chocolate Ganache Tartlet.
Jangan ketinggalan dengan kuih muih tradisional seperti kek lapis, pulut panggang, puteri ayu, puding, agar agar, serimuka dan lain lain.
Memang banyak benda yang boleh dimakan di sini tapi tak mampu nak makan semua..
Harga Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort antara yang termurah di Selangor. RM55 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak-kanak.
Kalau nak berbuka disini kami cadangkan supaya anda buat tempahan dahulu.
No. 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor
Carian kedai makan sedap:
- bangi golf resort bufet ramadhan 2015
- appetizer for buffet ramadhan
- iftar 2015 bangi golf resort
- hotel bangi golf resort harga buffet
- buffet ramadhan paling sedap
- buffet ramadhan bangi 2015
- buffet ramadhan area bangi 2015
- buffet iftar termurah kawasan putrajaya dan bangi
- berbuka puasa di bangi golf resort 2015
- bangi golf resort ramadhan buffet
- bangi golf resort buffet ramadhan
- ramadhan buffet 2015 bangi golf resort
The post Buffet Ramadhan 2015 Bangi Golf Resort. Sous Vide Eggs Paling Laku appeared first on MySelera.com.