Kalau sebut mengenai Buffet Ramadhan, pasti ramai yang nak tahu hidangan apa yang ada di Impiana KLCC Hotel kali ini. Maklumlah, Impiana KLCC Hotel antara destinasi berbuka yang mendapat sambutan hangat setiap kali menjelang bulan puasa.
Dengan bertemakan konsep tradisional dan konsep Bazaar di Tonka Bean Café, anda boleh menikmati juadah berbuka puasa di sini bermula dari 18 Jun sehingga 17 Julai 2015.
Buffet Ramadhan Impiana KLCC menawarkan lebih daripada 30 jenis menu makanan.
Tonka Bean Cafe menawarkan lebih 300 hidangan tradisional yang datangnya dari serata negeri di Malaysia. Antara hidangan istimewanya adalah Sup Gear Box, Roasted Whole Lamb, Briyani Gam, dan pelbagai jenis hidangan yang menarik dan pasti mengiurkan, terutama yang gemarkan masakan kampung.
Turut menjadi tumpuan adalah hidangan tradisional lain seperti kari daging, kari seafood, sambal sotong, nasi ulam, nasi minyak, sayur lemak dan tak terlupa bagi penggemar masakan chineese, pelbagai jenis hidangan disediakan!
Makanan Sunnah Rasullullah di Impiana KLCC
Beberapa makanan sunnah Rasullullah bakal menjadi santapan berbuka puasa anda di Buffet Ramadhan Impiana KLCC antaranya buah delima, buah kurma, kismis dan lain lain.
Jangan terkejut, mereka turut menyediakan 1 gelas kecil air Zam-Zam untuk semua. Tetapi terhad 1 cawan seorang sahaja.
Sambil menikmati makanan di sini anda juga bakal dihiburkan dengan alunan Ghazal dari gendang dan gambus.
Istimewanya di Buffet Ramadhan Impiana KLCC Hotel adalah durian. Ya, durian.
Mereka menawarkan UNLIMITED durian untuk anda! Jadi, boleh makan durian sampai pengsan berlatar belakangkan KLCC.
Memang cantik.
Selain dari Durian, banyak lagi buahan-buahan lain seperti laici, epal, buah naga, duku, dan lain lain.
Sebelum menikmati durian, boleh juga menyejukkan badan dengan aiskrim dulu. Mereka menyediakan lebih dari 20 jenis perasa aiskrim untuk anda! Semuanya dari Baskin Robbins.
Harga Buffet Ramadhan Impiana KLCC Hotel
Dewasa – RM148.00 nett/pax
Kanak-kanak (6-12 tahun) – 50% diskaun
3 hari pertama dan 3 hari terakhir : RM128.00 nett/pax
Harga Sahur di Impiana KLCC Hotel
RM53 nett/pax
3.00 pagi – 5.30 pagi.
Bagi anda yang ingin berbuka puasa di Tonka Bean Café, Impiana KLCC, boleh buat tempahan atau booking:
[info_box]
Tonka Bean Café
Lobby Level, Impiana KLCC Hotel & Spa
13, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur
Website: www.impiana.com
Reservation : 03-21471111, ext. 3034, 3035 or 3320
[info_box]
Carian kedai makan sedap:
- buffet ramadhan 2015 hotel review
The post Buffet Ramadhan Hotel Impiana KLCC. Ada Durian appeared first on MySelera.com.